Utama Teknologi Keselamatan Laman web Presiden Donald Trump digodam oleh penggodam dari Iraq

Laman web Presiden Donald Trump digodam oleh penggodam dari Iraq

1028
1

Organisasi yang bertanggungjawab menjalankan kempen pilihanraya presiden 2016 untuk Donald Trump pada tahun lalu pernah dilapor menggunakan pelayan mel yang tidak selamat dan dikatakan mampu digodam oleh hampir sesiapa sahaja.

Terbaru, sekumpulan penggodam yang masih belum dikenalpasti telah menggodam dan mengubah rupa laman rasmi kempen kutipan dana presiden untuk Donald Trump pada Ahad lepas. Kumpulan berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai ‘Pro_Mast3r’ dan mendakwa diri mereka dari Iraq.

Menurut laman web Arstechnica, pelayan yang terlibat di dalam insiden ini, secure2.donaldjtrump.com diletak disebalik platform keselamatan dan sistem pengurusan kandungan Cloudflare. Laman yang telah diubah rupa berkenaan kini sekadar memaparkan imej lelaki betopi hitam dengan mesej berbunyi;

Hacked by Pro_Mast3r ~
Attacker Gov
Nothing Is Impossible
Peace From Iraq

Setakat artikel ini ditulis, pelayan berkenaan masih lagi offline dan masih belum ada kenyataan rasmi dari badan kempen Trump-Pence.

Pada perkembangan yang sama, penulis blog keselamatan IT dari Itali, Paolo Attivissimo melihat kod-kod sumber pelayan yang telah diubahkan rupa berkenaan tidak mengandungi sebarang kod-kod hasad. Apa yang dapat diketahui hanyalah pautan ke javascript pada akaun Google Code, ‘masterendi’ yang kini tidak wujud lagi. Akaun berkenaan telah didapati mempunyai kaitan terhadap tiga serangan siber sebelum ini.

Imej diperoleh dari Arstechnica

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.