Kementerian Pendidikan Malaysia bakal memperkenalkan sesi pembelajaran berasaskan televisyen bermula pada pada minggu depan menerusi saluran RTM, TV Okey.
Bernama melaporkan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, program pembelajaran berasaskan televisyen terbaru turut menawarkan siri sesi praktis bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan awam pada tahun ini.
Beliau turut menearangkan pendekatan ini dilakukan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang tidak mempunyai akses internet atau hanya boleh melalui telefon pintar sahaja.
Program pembelajaran berasaskan TV ini hadir dari keputusan soal selidik peranti dan gajet yang digunakan oleh pelajar-pelajar di rumah. Jika pelajar mempunyai akses internet sekalipun, pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui telefon pintar adalah terhad kerana faktor saiz skrin yang kecil. Bilangan pelajar yang memiliki tablet, desktop atau laptop pula tidak begitu besar.
Menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan TV mampu memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk menelaah pelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini. Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan awam pada tahun ini, langkah-langkah lanjutan mungkin perlu diperkenalkan untuk persediaan menghadapinya.
Imej header dari MyNewsHub