Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan insentif e-dompet RM20 untuk menggalakkan transaksi nirtunai di Bazar Ramadan Rahmah terpilih.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), dan terhad kepada 1,000 orang pelanggan pertama pada hujung minggu di 16 buah bazar di seluruh negara.

Setiap pengunjung hanya dibenarkan untuk menebus sekali sahaja insentif e-dompet tersebut.

Para pengunjung di bazar-bazar Ramadan terpilih ini boleh mendaftar dan menuntut insentif di gerai-gerai yang menyertai program ini bersama-sama rakan strategik.

Pihak kementerian berhasrat memperluaskan penawaran program ini yang kini disertai di 29 buah bazar Ramadan di seluruh negara.

Bazar Ramadan Rahmah menawarkan jualan makanan dan minuman Menu Rahmah pada harga 30% lebih jimat. Ia disasarkan akan didirikan di kawasan-kawasan penduduk majoriti berpendapatan B40 bersempena Ramadan ini bagi meringankan beban perbelanjaan isi rumah golongan berkenaan.

Tinggalkan komentar