KFC Malaysia bakal melancarkan burger ayam baharu dari tumbuh-tumbuhan, Zero Chicken Burger pada minggu depan. Makluman ini disampaikan menerusi iklan video pendek berdurasi 6-saat yang telah tertiris di internet.

Produk daging burger berasaskan tumbuhan ini, Zero Chicken Burger buat julung kalinya dilancarkan di KFC Singapura Januari lalu. Kini, menerusi info yang tertiris, burger ayam berasaskan tumbuhan ini bakal menemukan pelanggan Malaysia pada 9 Februari 2021.

Sungguhpun tidak diperbuat dari daging ayam sebenar, rasanya pasti mengkagumkan apabila diadun dengan 11 rempah rahsia KFC.

Namun begitu, Zero Chicken Burger bukanlah 100% vegetarian walaupun diperbuat daripada daging ayam berasaskan tumbuhan. Bahan-bahan seperti mayonis yang digunakan tidak vegetarian sepenuhnya kerana mengandungi telur dan produk tenusu.

Tinggalkan komentar