Utama Alam Sekitar Kerajaan akan melancarkan Program Baharu Solar ATAP Disember ini

Kerajaan akan melancarkan Program Baharu Solar ATAP Disember ini

52
0

Kerajaan merancang untuk melancarkan inisiatif solar atap baharu yang dinamakan Solar Accelerated Transition Action Program (Solar ATAP) pada Disember 2025. Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada program Net Energy Metering (NEM) yang berakhir Julai lalu.

Langkah ini merupakan usaha ke arah memperkukuhkan tenaga boleh diperbaharui (solar) melalui mekanisme harga elektrik yang lebih lestari. Ia juga dapat memberikan manfaat ekonomi kepada rumah kediaman dari pelbagai latar belakang.

Apa Itu Solar ATAP?

Solar ATAP merupakan program solar atap yang menggunakan mekanisme harga elektrik Sistem Marginal Price (SMP), di mana harga elektrik akan berubah setiap 30 minit mengikut permintaan tenaga. Ini berbeza daripada NEM sebelum ini yang menawarkan pemadanan bil secara satu-ke-satu dan terhad oleh kuota serta tempoh masa. Mekanisme SMP direka untuk jangka panjang, menjadikan sistem tenaga lebih mampan dan efisien.

Perbezaan Solar ATAP dan NEM

Ciri-ciri NEM Solar ATAP
Tempoh Program Terhad masa dan kuota Mekanisme berterusan tanpa had masa
Kaedah Pengiraan Offset bil satu-ke-satu Harga berdasarkan Sistem ‘Marginal Price’ setiap 30 minit
Fokus Rumah kediaman dengan kuota Lestari dan inklusif untuk semua pengguna
Tujuan Galakan penggunaan awal solar atap Transformasi tenaga boleh diperbaharui jangka panjang

Selain Solar ATAP, terdapat juga mekanisme ‘Community Renewable Energy Aggregation Mechanism’ yang membolehkan isi rumah menyewakan ruang atap mereka untuk penjanaan tenaga solar, sekali gus menjana pendapatan tambahan. Ini menyokong golongan berpendapatan rendah untuk turut mengambil bahagian dalam inisiatif tenaga hijau.

Pelancaran Solar ATAP dijangka mampu mempercepatkan penggunaan tenaga solar di kediaman. Ia juga dapat menawarkan pengguna kos elektrik yang lebih adil dan demokratik berdasarkan penggunaan sebenar mengikut harga pasaran. Ia sejajar dengan objektif Malaysia ke arah transformasi tenaga lestari serta pengurangan jejak karbon.

Tinggalkan komentar