KUALA LUMPUR, 8 November 2022 – Jualan Mega 11.11 HONOR sudah tiba! Nikmati diskaun sehingga RM920 untuk siri HONOR MagicBook dan banyak lagi tawaran menarik menanti anda!

Peminat pasti teruja dengan tawaran HONOR Band 6 pada hanya RM99 selepas potongan harga 48%, sementara stok masih ada. Pelanggan boleh menyemak Jualan Mega 11.11 HONOR dan produk-produk yang ditawarkan di ,   dan .

HONOR MagicBook 14 AMD diskaun sehingga RM920

Setiap individu pasti mahu membeli komputer riba yang berpatutan harga dengan prestasi baik dan bateri berkapasiti besar. HONOR MagicBook 14 AMD menepati kehendak tersebut, oleh itu jangan lepaskan peluang memiliki komputer riba ini dengan diskaun sehingga RM920. Versi 16+512GB ditawarkan pada harga RM2,379, manakala versi 8+256GB selepas diskaun hanya berharga RM1,909 sahaja! 

HONOR MagicBook 14 AMD hadir dengan tanda dagang Pensijilan TÜV Rheinland Cahaya Biru Rendah dan Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free bagi mengurangkan keletihan mata agar segala tugasan kerja dan hiburan berjalan lancar. Komputer riba ini didatangi dengan pengecas pantas HONOR SuperCharge 65W yang mampu mencapai kapasiti bateri sehingga 65% dalam tempoh sejam, cukup untuk maraton siri Netflix. 

Kad terlaris di Malaysia – Kad Edisi Khas NFC Touch ‘n Go dengan pembelian HONOR 70 Icelandic Frost

Kad NFC Touch ‘n Go diburu ramai sejak jualan rasminya sehingga kehabisan stok. Kini, anda boleh memiliki Kad Edisi Khas NFC Touch ‘n Go apabila membeli HONOR 70 dalam warna Icelandic Frost pada harga RM1,999. Turut diberikan secara percuma adalah RFID Touch ‘n Go, sarung khas HONOR 70 berserta jam pintar HONOR Band 6 dengan 1 tahun jaminan lanjutan.

HONOR X6 kini dalam versi 4GB+64GB

Siri HONOR X kegemaraan ramai kerana berat yang ringan kini hadir dengan versi terbaharu X6 dalam 4GB + 64GB. Telefon pintar ini hanya seberat 194g, sesuai untuk diletakkan dalam poket. Ia dilengkapi tiga kamera belakang bagi menghasilkan gambar yang tajam dan jelas. Untuk ciri-ciri menarik ini, harganya hanya RM499 dan boleh dibeli di Kedai Rasmi HONOR di www.hihonor.com/my dan juga Shopee HONOR Official Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Mega 11.11 HONOR dan peranti lain HONOR sila layari www.hihonor.com/my atau ikuti Facebook HONOR Malaysia!

Tinggalkan komentar