KUALA LUMPUR, 28 MEI 2025 – Hari Bapa semakin hampir dan ini menjadikan musim pertengahan tahun ini masa yang terbaik untuk menghadiahkan pengalaman audio yang terunggul buat bapa tersayang! Dari 6 Jun hingga 16 Jun 2025, nikmati promosi terhad untuk produk audio premium daripada Sonos and Bowers & Wilkins, tersedia secara eksklusif melalui TC Acoustic dan rakan pengedarnya yang sah di seluruh negara. Sama ada untuk menggembirakan insan tersayang, menyegarkan ruang kediaman, atau menaik taraf sistem audio sedia ada, anda pasti tidak mahu melepaskan promosi istimewa ini!
Produk utama untuk set teater rumah ialah Sonos Arc Ultra yang menghasilkan bunyi Dolby Atmos yang mengasyikkan, kini dipertingkatkan dengan ciri baharu Speech Enhancement berkuasa AI (AISE). Dibangunkan bersama Royal National Institute for Deaf People (RNID), ciri ini menggunakan pembelajaran mesin untuk meningkatkan kejelasan dialog secara masa nyata—sesuai untuk malam tayangan filem atau maraton filem aksi. Kemas kini ini boleh dimuat turun secara percuma bermula 13 Mei 2025.
Padankan dengan Sonos Sub 4 untuk ciri sinematik yang dipertingkatkan. Dengan bunyi bass yang padat dan memenuhi ruang tanpa herotan, Sub 4 melengkapkan pengamalan bunyi sekeliling—sesuai untuk para bapa yang mementingkan “bunyi sebenar” ketika menonton semula filem 4K kegemaran mereka.
Untuk penyelesaian yang lebih ringkas, Sonos Era 100 menyampaikan bunyi stereo yang mengagumkan walaupun dengan saiznya yang kompak. Selain menghasilkan bunyi yang kaya dan memenuhi ruang, Era 100 turut boleh disambungkan kepada peranti Sonos yang lain melalui fungsi berbilang biliknya. Dengan harga baharu yang lebih rendah, sekarang adalah masa yang paling sempurna untuk melengkapkan rumah anda dengan pembesar suara yang bergaya dan berkuasa, pada nilai yang lebih hebat.
Bagi mereka yang mengutamakan pengalaman audio peribadi, earbuds Bowers & Wilkins Pi8 menawarkan bunyi setaraf studio dan pembatalan hingar adaptif dalam rekaan yang elegan dan bersaiz poket—menjadikannya pilihan ideal untuk bapa yang sentiasa sibuk atau mereka yang menghargai ketepatan audio. Sementara itu, earbuds Pi6 pula menawarkan pilihan yang lebih mampu milik namun tetap berprestasi tinggi, menggabungkan bunyi yang jelas dan dinamik dengan ciri pintar yang sesuai untuk pendengaran harian, sama ada semasa berulang-alik tempat kerja atau ketika bersantai selepas bekerja.
Bagi yang mengutamakan keselesaan fon kepala jenis over-ear, fon kepala Px7 S3 keluaran terbaharu dari Bowers & Wilkins menawarkan bunyi yang ekspresif dalam rekaan yang elegan dan abadi. Sama ada untuk pendengaran terfokus, pengembaraan, atau sekadar mendengar muzik secara santai, fon kepala ini menggabungkan gaya dan kualiti pada keseimbangan yang sempurna.
Nikmati Jualan Hari Bapa yang eksklusif ini untuk meningkatkan pengalaman audio anda:
| SONOS | |||
| Produk | RRP | PROMOSI | DISKAUN |
| Sonos Arc Ultra | RM5,899 | RM5,299 | 10% |
| Sonos Sub 4 | RM4,799 | RM3,799 | 21% |
| Sonos Era 100 | RM1,299 | RM1,049 | 19% |
| Sonos Ace | RM2,299 | RM1,839 | 20% |
| Sonos Era 300 | RM2,799 | RM2,249 | 20% |
| Sonos Beam Gen 2 | RM2,999 | RM2,399 | 20% |
| Sonos Roam 2 | RM1,199 | RM899 | 25% |
| Sonos Move 2 | RM2,799 | RM2,099 | 25% |
| BOWERS & WILKINS | |||
| Bowers & Wilkins Pi6 | RM1,399 | RM1,259 | 10% |
| Bowers & Wilkins Pi8 | RM2,399 | RM2,159 | 10% |
| Bowers & Wilkins Px8 | RM3,299 | RM2,799 | 15% |
| Bowers & Wilkins Px7 S3 | RM2,399 | / | / |
Pilihan produk yang disediakan menjanjikan gaya dan prestasi untuk pengalaman yang dipertingkatkan—sama ada Bowers & Wilkins Px8 untuk pendengaran terfokus atau Sonos Era 100 untuk malam tayangan filem yang lebih mengasyikkan.
Pelanggan boleh mendapatkan barisan produk ini di laman web tcacoustic.asia, Sonos Concept Store @ The Starhill, dan peruncit sah seperti Lazada, Shopee, Harvey Norman MY, Flash Gadgets, Thundermatch (TMT), PC Image, dan Urban Republic.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan kemas kini terkini daripada TC Acoustic, layari kedai web tcacoustic.asia, Instagram rasmi Bowers & Wilikins @bowerswilkinsmalaysia, serta Instagram rasmi TC Acoustic @tcacoustic.












