Jerman menjanjikan kepada rakyatnya bahawa menjelang tahun 2018, setiap rakyatnya berpeluang menikmati internet jalur lebar berkelajuan 50 Mbps. Ini merupakan kelajuan yang 10 kali ganda lebih pantas berbanding kelajuan purata internet di seluruh dunia.

Justeru, ia bakal menjadikan kelajuan purata sambungan internet di Jerman dua kali ganda lebih pantas dari apa yang ditawarkan di Korea Selatan. Sehingga kini, Korea Selatan merupakan negara yang memiliki purata akses internet yang paling pantas di seluruh dunia setakat ini, 23.6 Mbps. Sebagai perbandingan, purata kelajuan internet di Malaysia adalah pada sekitar 4.3 Mbps.

Ketika ini secara purata kelajuan sambungan internet Jerman adalah di bawah 11 Mbps dengan 70 peratus daripada penduduknya sudah memiliki akses ke internet pada kelajuan 50 Mbps dan ke atas. Projek yang dibiayai separuh oleh kerajaan Persekutuan Jerman ini menelan belanja sebanyak €2.7 billion (RM12.99 billion).

“Kerajaan Persekutuan Jerman akan menyumbang sehingga 50 peratus daripada kos keseluruhan. Peruntukkan selebihnya perlu disediakan oleh negeri-negeri di dalam Jerman yang mana boleh menyumbang sehingga 40 peratus kos program pembangunan ini. Manakala selebihnya, 10 peratus perlu disumbangkan oleh komuniti setempat (The German Federation will contribute up to 50 percent of the costs. A combination of development programs provided by German states is possible and can offer a further 40 percent of financing. The community would then have to provide the remaining 10 percent),” ujar jurucakap projek berkenaan yang dipetik di dalam laman web Kedutaan Jerman di United Kingdom.

Sumber berita diperoleh dari Digital Infrastructure, Imej cover diperoleh dari Shutterstock

3 KOMEN

  1. Lama tak mai sini. Rasa dulu blog ni tak ada tajuk. Menarik tajuk blog ni – Blog Teknologi Kegemaran Hangpa Semua. Situasi di Malaysia, kata pepatah Melayu moden di mana internat laju di situ kerusi DUN dikuasai oleh pembangkang. Bila lah Kerajaan Persekutuan Malaysia tingkatkan kelajuan internet jalur lebar kepada 50 Mbps.?

  2. Lama tak mai sini. Rasa dulu blog ni tak ada tajuk. Menarik tajuk blog ni – Blog Teknologi Kegemaran Hangpa Semua. Situasi di Malaysia, kata pepatah Melayu moden di mana internat laju di situ kerusi DUN dikuasai oleh pembangkang. Bila lah Kerajaan Persekutuan Malaysia nak tingkatkan kelajuan internet jalur lebar kepada 50 Mbps.?

Tinggalkan komentar