Utama Android Honor Jom Ke Jerayawara HONOR Magic V5 Di Johor Bahru, Cabutan Bertuah Bernilai...

Jom Ke Jerayawara HONOR Magic V5 Di Johor Bahru, Cabutan Bertuah Bernilai RM114,000 Menanti Pengunjung!

97
0

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2025 – Jerayawara HONOR Magic V5 yang sedang berlangsung di Mid Valley Southkey, Johor Bahru meriah dengan kunjungan orang ramai yang ingin mencuba telefon boleh lipat nipis tersebut. Acara berlangsung sehingga 31 Ogos ini menawarkan diskaun menarik, pengalaman interaktif, serta peluang memenangi hadiah cabutan bertuah lumayan dengan nilai melebihi RM114,000.

Pengunjung berpeluang menikmati diskaun sehingga RM600 bagi telefon pintar HONOR terkini antaranya Siri HONOR 400, Magic7 Pro, dan X9c. Mereka juga boleh meneroka pilihan tablet seperti HONOR Pad 10 dan Pad X9a. Selain tawaran hebat, jerayawara ini turut menampilkan pengalaman interaktif di mana pengunjung boleh mencuba sendiri demo produk dan meneroka HONOR Magic V5.

Bawa Pulang Lebih Banyak Ganjaran bersama HONOR!

Keseronokan berterusan dengan pengunjung yang berbelanja sebanyak RM1,000 ke atas dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah berjumlah sehingga RM114,000. Pemenang tempat pertama hingga ketiga bakal membawa pulang hadiah HONOR Pad 10, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2 dan bagasi HONOR. Pelbagai hadiah sagu hati turut menanti para pengunjung.

HONOR Magic V5 – Telefon Lipat Paling Nipis untuk Rakyat Malaysia

Berharga RM6,999, HONOR Magic V5 telefon boleh lipat yang ultra nipis, ringan dan kukuh dengan ketebalan hanya 4.1mm apabila dibuka. Peranti ini dilengkapi Kamera Telefoto Periskop 64MP dengan zum sehingga 100x, Kamera Utama 50MP serta lensa ultra lebar 50MP. Ciri fotografi AI seperti AI Eraser, AI Outpainting dan AI Motion Sensing Capture menghasilkan imej bertaraf profesional. HONOR Magic V5 dikuasakan oleh Bateri Karbon Silikon 5820mAh, menyokong pengecasan pantas berwayar 66W HONOR SuperCharge, serta dikuasakan prosesor terkini Qualcomm Snapdragon 8 Elite.

Ketahanan adalah sebahagian daripada kehebatan peranti ini. Dengan skrin dalaman yang dilengkapi teknologi benadalir bukan-Newtonian, skrin luaran anti-calar NanoCrystal Shield, serta perlindungan dwi-penarafan IP58/IP59 untuk rintangan debu dan air, HONOR Magic V5 sedia untuk menghadapi setiap elemen yang lasak.

Tukar Beli Peranti Lama dan Dapatkan Rebat Segera RM400 

Setiap pembelian HONOR Magic V5 hadir bersama pakej hadiah percuma bernilai RM2,697, yang merangkumi satu HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Retak Tanpa Risau Setahun dan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun. Bagi mereka yang ingin menaik taraf kepada HONOR Magic V5 boleh menukar beli peranti lama mereka di mana-mana HONOR Experience Store dan menikmati rebat segera bernilai RM400.

Destinasi Jerayawa HONOR Magic V5 Seterusnya: Sunway Pyramid!

Selepas Johor Bahru, Jerayawara HONOR Magic V5 akan meneruskan perjalanannya ke Sunway Pyramid, Selangor pada 15 sehingga 21 September ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai kehebatan inovasi telefon lipat HONOR ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V5, kunjungi www.honor.com/my/.

Tinggalkan komentar