Caviar, sebuah jenama mewah yang sering menawarkan aksesori ‘terpaling kayangan’ pada peranti Apple dan Samsung, kini memperkenalkan iPhone 14 Pro Max edisi terhad baharu.

Dua iPhone 14 Pro Max edisi terhad berkenaan, Daytona iPhone 14 Pro Max dan Skeleton Booster iPhone 14 Pro menyertai keluarga Caviar Grand Complications.

Sebagaimana nama yang diberikan, Daytona iPhone 14 Pro Max menampilkan pendail Rolex Cosmograph Daytona pada permukaan belakang bekasnya dengan harganya mencecah RM630,000. Jam tangan ikonik berkenaan dinamakan bersempena litar perlumbaan popular di Florida, Amerika Syarikat.Caviar_Rolex Daytona iPhone 14 Pro Max

Oleh yang demikian, ciri rekaan telefon pintar dengan beraksesori Caviar ini diinspirasikan oleh kereta lumba Bluebird V dari era 1930an. Kereta yang dipandu oleh Malcolm Campbell tersebut telah memecahkan rekod kelajuan kenderaan darat pada tahun 1935 dengan kelajuan 444km/j.

Selain itu, aksesori bekas telefon pintar berkenaan juga dilengkapkan dengan speedometer emas 18-karat dan petunjuk minyak mirip tolok analog pada kereta lumba bersmaa-sama tiga suis hiasan.

Skeleton Booster iPhone 14 Pro pula hadir dengan rekaan pendail berbentuk rangka mekanikal. Sungguhpun ia tidak bertema seperti Daytona, aksesori pada telefon pintar ini masih lagi diinspirasikan dari kereta.

Rangka-rangka mekanikal pada hiasan luarannya lebih menjurus kepada mekanika kereta-kereta super. Harganya pula tidaklah semahal aksesori Rolex Daytona yang dinyatakan tadi, namun masih lagi dianggap terlalu mahal bagi marhaen seperti kita iaitu lebih kurang RM48,000.Caviar_SkeletonBooster iPhone 14 Pro Max

Caviar mula memasuki dunia jenama mewah pada 2011 dengan memperkenalkan koleksi telefon bertatahkan emas eksentrik melalui iPhone 4. Lebih dari 18 koleksi dari pelbagai jenama termasuk Samsung telah diperkenalkan.

Sehingga kini, Caviar telah mendedahkan rekaan unik yang diinspirasikan dari angkasawan, tanda zodiak, planet dan juga individu terkenal seperti Steve Jobs dan Elon Musk.

Tinggalkan komentar