Segelintir pengguna siri iPhone 14 Pro dilaporkan mengalami ralat aneh pada skrinnya memancarkan garisan mendatar ketika sedang dihidupkan.

Masalah ini dilihat melibatkan sejumlah pengguna yang berkongsikannya menerusi Reddit, laman forum MacRumors dan juga Apple Support. Berdasarkan maklumbalas dari pengguna-pengguna lain di laman tersebut, masalah ini telah disahkan oleh Apple berpunca dari iOS 16 dan bukan disebabkan oleh perkakasannya.

Apple telah melancarkan kemaskini iOS 16 secara rasminya pada September lalu tidak lama selepas siri iPhone 14 diperkenalkan ke pasaran. Pengguna di Malaysia juga menerima manfaat besar dari segi ketersambungan rangkaian 5G melalui iOS 16.2 yang diperkenalkan baru-baru ini.

Kemaskini untuk membaiki masalah ini dijangka akan hadir pada iOS dalam masa yang terdekat ini. Hanya skrin iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max sahaja yang dilaporkan mengalami masalah tersebut.

Tinggalkan komentar