Apple tidak menyatakan kapasiti RAM bagi iPhone 13 dan iPhone 13 Pro ketika pelancaran model baharu iPhone berkenaan.
Tetapi, berdasarkan maklumat di dalam Xcode yang diketemukan oleh MacRumors mendedahkan mengenainya. iPhone 13 dan iPhone 13 mini dikatakan hadir dengan kapasiti RAM 4GB.
Manakala untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pula, ia dinyatakan akan dilengkapkan dengan RAM 6GB. Kapasiti RAM ini merupakan jumlah yang sama seperti yang ditawarkan pada iPhone 12 tahun lalu.
Siri iPhone 13 akan mula dibuka pra-tempahannya untuk pasaran Malaysia pada 1 Oktober ini. Ia dijangka bakal hadir ke pasaran pada 8 Oktober 2021.













