Utama Apple iPhone 13 Pro & 13 Pro Max diumumkan; Hadir dengan Cip A15...

iPhone 13 Pro & 13 Pro Max diumumkan; Hadir dengan Cip A15 Bionic, Skrin ProMotion, harga sehingga RM 7,599

615
0

Menerusi acara Apple Event yang baru sahaja berlangsung, Apple turut memperkenalkan dua buah lagi model ketika pengumuman empat buah iPhone 13 tadi dibuat.

Untuk model Pro siri iPhone 13 ini, ia dikuasakan oleh cip Apple 14 Bionic. Ia juga menggunakan paparan OLED Super Retina XDR dengan kadar penyegaran semula 120Hz melalui teknologi ProMotion.

Antara iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, paling ketara ia dibezakan pada saiz  paparannya iaitu masing-masing 6.1-inci dan 6.7-inci.

Fungsi kamera model Pro iPhone ini masih lagi hadir dengan tetapan tri-kamera dan pengimbas LiDAR. Penggunaan LiDAR yang digabungkan dengan algoritma terkini Apple dikatakan mampu mengoptimumkan kualiti foto dan video. Kamera ini juga menyokong rakaman mod malam, 4K HDR, Apple ProRes, dan Dolby Vision HDR.

Masih lagi dengan kamera, di bahagian belakangnya ditempatkan sistem tri-kamera melalui sensor bersudut lebar, bersudut ultra-lebar dan sensor telefoto.

Lain-lain ciri yang diperkenalkan termasuklah mod malam, mod makro, Photographic Styles, dan mod Cinematic. Apple juga menyediakan perlindungan IP68 dan juga sokongan pengecasan melalui MagSafe.

Menurut Apple, harga jualan bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max adalah seperti berikut:

  • iPhone 13 Pro, 128GB – RM 4,899
  • iPhone 13 Pro, 1TB – RM 7,199
  • iPhone 13 Pro Max, 128GB – RM 5,299
  • iPhone 13 Pro Max, 1TB – RM 7,599

Tinggalkan komentar