Sebelum ini Apple iPhone 12 dan iPhone 12 mini ditawarkan dalam lima pilihan warna; hitam, putih, merah, hijau dan biru. Hari ini, menerusi acara iPad tahunan yang baru dilangsungkan, Apple telah mendedahkan pilhan warna baharunya, ungu.

Menurut Apple, pra-tempahan akan mula dibuka pada 23 April dan akan memasuki ke pasaran pada 30 April.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Apple turut menyatakan jualan bekas lapik yang dipadankan dengan warna baharu siri iPhone 12 ini.

Aksesori MagSafe Leather Case atau Leather Sleeve akan ditawarkan di dalam pilihan Deep Violet. Manakala Silicone Case pula dalam pilihan Capri Blue, Pistachio, Cantaloupe atau Amethyst.

Tinggalkan komentar