Ciri terjemahan langsung (live translation) dijangka akan diperkenalkan ke Apple AirPods tidak lama lagi. Menurut 9to5Mac, sebilangan pengguna menyedari terdapat aset sistem yang menunjukkan putik (buds) berkenaan akan menerima ciri terjemahan berdasarkan permintaan di dalam versi beta baharu iOS 26 yang diterbitkan 13 April baru-baru ini.
Aset sistem berkenaan menggambarkan gestur baharu yang diaktifkan apabila tangkai kedua-dua putik telinga berkenaan ditekan secara serentak. Gambar tersebut memaparkan dua AirPods dikelilingi oleh sejumlah bahasa seperti Inggeris, Jerman, Perancis dan Portugis.
Selain itu, ciri terjemahan langsung ini juga akan datang ke FaceTime, mesej dan panggilan telefon peranti iOS. Bagaimanapun, pengguna perlu menggunakan perisian AirPods untuk perbualan secara langsung dan secara bersemuka.
Ketika diketemukan pertama kali, ciri ini dibincangkan secara mendalam oleh Mark Gurman dari Bloomberg. Berdasarkan maklumat daripada beliau, ciri terjemahan langsung ini akan memerlukan penggunaan mikrofon AirPods untuk menangkap perbualan di antara bahasa berbeza dan memberikan respon diterjemahkan menerusi pembesar suara iPhone.
Bagaimanapun, tidak banyak maklumat lain diketahui berkenaan ciri ini seperti sama ada ia secara natif di dalam putik telinga berkenaan atau memerlukan iPhone. Sistem tersebut juga diketemukan sebagai sebahagian daripada iOS 26, dan kemungkinan ia memerlukan iPhone untuk berfungsi.
Selain itu, tidak dapat dipastikan model iPhone mana yang menyokong OS baharu bersama-sama ciri ibu, Dijangka ia akan didatangkan bersama dan berkait rapat dengan ciri Apple Intelligence yang dinanti-nantikan.