Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah mengumumkan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia akan menawarkan internet percuma sepanjang tempoh rakyat Malaysia berusaha menangani wabak COVID-19.
Kenyataan ini dikeluarkan menerusi pengumuman Pakej Stimulus Ekonomi PRIHATIN yang telah dibuat pada jam 3 petang tadi.
Jumlah keseluruhan yang bernilai RM 600 juta ini bakal dinikmati oleh seluruh pengguna bermula dari 1 April 2020 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan selesai.
Tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan #prihatinrakyat
— muhyiddinyassin (@MuhyiddinYassin) March 27, 2020
Peuntukan sebanyak RM400 juta turut disediakan bagi meningkatkan keupayaan capaian dan rangkaian serta mengekalkan tahap pencapaian dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi yang tinggi sepanjang tempoh PKP ini.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum diperjelaskan bagaimana program internet percuma ini bakal dilaksanakan bersama-sama tindakan yang perlu diambil. Apa yang telah diketahui setakat ini, pengguna bakal menerima data sebanyak 1GB pada setiap hari.
Sehingga itu, sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari pihak berwajib berkenaan pelaksanaan program ini.













