Kedai dalam talian berpangkalan di China, Taobao telah menyenaraikan beberapa CPU desktop Intel Comet Lake untuk dijual melalui laman webnya. Pemprosesan terbaru dari Intel ini bagaimanapun masih lagi belum diumumkan secara rasmi.
Laman forum Tom’s Guide telah mengumpulkan beberapa laporan mengenai penampakan pemprosesan 14nmm, namun senarai-senarai pautan berkenaan tidak lagi boleh dilayari pada ketika ini.
Berdasarkan apa yang disenaraikan sebelum ini, cip-cip berkenaan adalah Qualification Samples. Biasanya, cip jenis ini dihantar ke pengeluar lain bagi menghasilkan peranti sendiri.
Menurut apa yang diceritakan dari Tom’s Guide, penghantaran pemprosesan tersebut merupakan sesuatu yang biasa dilakukan jika kuantitinya adalah kecil. Namun, berbeza dengan apa yang disenaraikan di Taobao kerana menunjukkan kuantiti yang luar biasa tinggi.
Senarai pemprosesan yang dipaparkan pada laman web Taobao sebelum ini termasuklah Core i5-10400, Core i5-10500, dan Core i5-10600K. Ketiga-tiga pemprosesan ini dikatakan memiliki enam teras dan 12 bebenang. Core i5-10400 dan Core i5-10500 pula merupakan pemprosesan 65W chips, manakala i5-10600K adalah pemprosesan 95W.
Selain itu, turut disenaraikan Intel Core i9-10900 dan Intel Core i9-10900K, yang kedua-duanya memiliki 10 bilangan teras and 20 bebenang. Maklumat tertiris yang didapati menerusi laman forum Tom’s Guide menyatakan Core i9-10900K mampu mencapai kelajuan boost dipertingkatkan sehingga 5.1GHz dan Core i9-10900 pula mampu mencecah sehingga 3.7GHz.
Barisan pemprosesan Intel Comet Lake dikatakan bakal dilancarkan sekitar bulan April ini. Penyenaraian yang kelihatan ‘tidak disengajakan’ ini menguatkan lagi ura-ura yang mengatakan pemprosesan terbaru dari Intel ini bakal dilancarkan pada tarikh yang lebih awal.













