Sebelum ini Intel pernah memperkenalkan pemprosesan termajunya, Core i9-9900K sekitar Oktober tahun lalu dan kita menjangkakannya ia merupakan pemprosesan arus perdana terpantas yang dihasilkan oleh Intel.

Jangkaan tersebut meleset apabila Intel mengumumkan Core i9-9900KS yang berkeupayaan meningkatkan frekuensi setiap terasnya kepada 5GHz secara serentak.

Sebagai perbandingan, Core i9-9900K menawarkan frekuensi kelajuan klok asas pada 3.6GHz, dan apabila ianya dipertingkatkan, kelajuannya mampu mencapai 5.0 GHz. Kebiasannya, klok yang dipertingkatkan biasanya berlaku pada satu teras sahaja, manakala teras-teras yang lain kekal di paras biasa.

Berbeza dengan Core i9-9900KS, Intel mendakwa sungguhpun satu teras ditingkatkan secara ‘turbo boost’ mencecah 5GHz, kelapan-lapan teras yang lain turut sama mengikutinya pada paras yang sama.

Setakat ini, apa yang kita dapat tahu tentang Core i9-9900KS adalah ianya mempunyai lapan teras dan 16 bebenang (thread), sama seperti Core i9-9900K. Beza antara keduanya adalah i9-9900KS menawarkan klok asas pada 4GHz, 0.4GHz lebih tinggi dari i9-9900K.

Teras / Bebenang Frekuensi Asas (GHz) Frekuensi Dipertingkatkan (GHz) TDP Harga Pasaran
Core i9-9900KS 8 / 16 4.0 1-2 Cores – 5.0
4 Cores – 5.0
8 Cores – 5.0
? ?
Core i9-9900K 8 / 16 3.6 1-2 Cores – 5.0
4 Cores – 4.8
8 Cores – 4.7
95W $488 – $499

Cip berkenaan turut dikatakan menawarkan grafik berintegrasi, namun tidak menyatakan nilai TDP atau sebarang komponen penyejukan yang diperlukan olehnya. Pihak Intel turut mengesahkan cip ini bakal dijual untuk kegunaan umum, tetapi harga, tarikh mula dijual atau jumlah pengeluarannya tidak dinyatakan.

Intel juga turut memberi bayangan bahawa terdapat cip pemprosesan yang lebih pantas dari ini boleh dihasilkannya, iaitu Core i9-9900XE. Pemprosesan Core i9 jenis ini dikhususkan untuk kegunaan institusi kewangan yang dijual secara lelongan atau secara jualan tertutup. Manakala Core i9-9900KFC pula disenaraikan untuk kegunaan mesin mendiagnosa untuk Windows, AIDA64.

Maklumat lanjut mengenai Core i9-9900KS tidak dijelaskan kerana Intel menganggap pengenalan ini hanya sekadar “mukadimah” sahaja. Selasa ini dijangkakan Intel bakal memperincikan lagi maklumat berkenaan cip pemprosesan terbarunya bersempena pameran Computex yang kini sedang berlangsung di Taiwan.

Sumber berita diperoleh dari Forbes

Tinggalkan komentar