Huawei dilihat telah memutuskan untuk menunda pelancaran siri telefon pintar Nova 13. Pada asalnya ia dijadualkan pada bulan Ogos ini bagi memperkenalkan ‘telefon pintar boleh lipat yang dinamakan sebagai Nova Flip’. Ia dijangka akan diperkenalkan sebagai telefon pintar boleh lipat paling mesra bajet yang mensasarkan kepada golongan muda.

Sungguhpun masih lagi belum disahkan, terdapat ura-ura yang menyatakan Huawei akan menggabungkan pemprosesan Kirin 9010E ke dalam Nova Flip. Cip ini mempunyai satu CPU dengan teras Taishan 2.19GHz, dua teras Taishan 2.18GHz, dan tiga teras Cortex-A510 1.55GHz, bersama-sama satu GPU Maleoon 910 750MHz.

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat yang diperoleh berkenaan Nova Flip melainkan Huawei dikatakan akan menawarkan telefon pintar ini dengan skrin yang lebih besar.

Berhubung penundaan pelancaran siri Huawei Nova 13, ura-ura mengatakan model-model “Pro” dan “Ultra” akan memperkenalkan ciri sokongan ketersambungan satelit. Peranti-peranti ini berpotensi berkonsikan status mercu dengan siri Huawei Pura 70 yang baharu sahaja dilancarkan, jika ura-ura ini didapati benar kelak.

Tinggalkan komentar