Huawei Mate 10 dijadual akan dilancarkan pada 16 Oktober ini dan sepatutnya, ia akan dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo. EMUI 6.0 adalah berasaskan Android 8.0 dan ia akan dilengkapkan pada telefon-telefon pintar model terkini Huawei. Agak mengejutkan juga bila ia turut disediakan untuk telefon pintar model yang sedikit lama seperti Huawei Mate 9.
Sesetengah fungsi baru yang ditawarkan pada EMUI 6.0 ini mungkin menyenangkan pengguna-pengguna Mate 9. Salah satunya adalah pilihan saiz resolusi paparan skrin (720p atau 1080p) untuk menjimatkan bateri. Juga, turut ditawarkan adalah butang pilihan bar navigasi yang baru dan kawalan gerak isyarat yang baru untuk interaksi atas skrin. Mod gambar di dalam gambar (picture-in-picture) pada Android Oreo turut tersedia di dalam kemaskini ini.
Beta kemaskini ini telah ditemukan dan dilaporkan oleh XDA dan dimaklumkan bahawa ianya turut akan disediakan untuk Huawei Mate 9. Para pengguna telefon pintar flagship Huawei 2016 ini tentunya menerima dengan baik kemaskini yang disediakan ini.
Lebih kurang seminggu lagi telefon pintar Huawei siri Mate 10 akan dilancarkan secara rasminya. Oleh yang demikian, lebih banyak maklumat berkenaan EMUI versi terkini akan menyusul menjelang tarikh pelancaran Huawei Mate 10.
Sumber berita diperoleh dari XDA













