Huawei tidak mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan Huawei Mate 10 ke Malaysia. Pra-tempahan bagi telefon pintar flagship ini dibuka dalam minggu ini juga – dalam tempoh hanya empat hari sahaja. Harga yang ditawarkan bagi telefon pintar ini bermula dari RM2699.
Tiada diskaun ditawarkan bagi mana-mana pembeli yang membuat pra-tempahan terhadap telefon pintar ini. Sebaliknya, pembeli akan ditawarkan cenderahati percuma bernilai sehingga RM999, termasuk sebuah kotak cenderamata premium Mate 10.
Pra tempahan dibuka dari 19 hingga 22 Oktober dan telefon pintar terbaru dari Huawei ini akan tiba di pasaran bermula 26 Oktober ini. Layari laman Huawei untuk keterangan lanjut.
Sumber berita dari Facebook Huawei Mobile













