Utama Telco Maxis Hotlink Prepaid Internet 365 tawar data Internet 365 hari; Dari RM 20...

Hotlink Prepaid Internet 365 tawar data Internet 365 hari; Dari RM 20 untuk data 10GB

64
0

Maxis telah memperkenalkan pelan prabayar baharu yang dinamakan sebagai Hotlink Prepaid Internet 365. Sesuai dengan namanya, pelan ini menawarkan penggunaan data yang sah untuk selama setahun.

Apa yang menarik dengan pelan ini tentunya kuota data pengguna akan sah untuk digunakan sepanjang 365 hari. Menurut Maxis, tempoh sah yang panjang ini membantu pengguna membazirkan data yang tidak digunakan. Malah, pengguna juga tidak perlu lagi membeli pas internet secara harian, mingguan mahupun bulanan.

Menerusi laman web rasmi Hotlink, terdapat tiga pas data ditawarkan bagi pelan ini iaitu:

  • 2GB untuk RM 6
  • 4GB untuk RM 10
  • 10GB untuk RM 20
  • 10GB untuk RM 5 (Khusus untuk penerima Jaringan Prihatin)

Bagaimanapun, harus diingat bahawa tempoh sah penggunaan data ini tidak sama dengan tempoh sah kad SIM Hotlink kerana kedua-duanya bukan benda yang sama. Pengguna masih lagi perlu memastikan SIM Hotlink mereka perlu lagi sah untuk digunakan sungguhpun Hotlink Prepaid Internet 365 mempunyai tempoh SIM aktif yang lebih panjang iaitu 60 hari.

Pelan Hotlink Prepaid Internet 365 juga mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh aktif SIM ke 365 hari pada harga RM 30. Pada masa yang sama, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pelan ini melalui bundle pek SIM khas yang menyertakan kredit RM 2 dan kuota data 10GB untuk RM 25 melalui laman web rasmi Hotlink.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pek standard Hotlink Prepaid Internet 365 yang berharga RM 10 di kedai-kedai 7-Eleven, myNEWS, dan 99 Speedmart. Pek standard ini didatangkan dengan kredit RM 5 yang mempunyai had tempoh sah selama 5 hari, namun untuk pas internet pengguna perlu membelinya secara berasingan.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.