Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Hotlink menawarkan data percuma untuk semua aplikasi. Tawaran ini merupakan sebahagian dari pelan HotlinkMU, yang boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi Hotlink Red.
Untuk mendapatkan tawaran data percuma ini, pada aplikasi Hotlink Red yang boleh didapati di Google Play Store atau AppStore, pilih tawaran HotlinkMU Raya. Seterusnya, anda boleh dapatkannya melalui mana-mana pelan yang tertera “Promo Raya” di atasnya.
Data tambahan 44GB mempunyai tempoh sah yang sama seperti pelan HotlinkMU Raya anda. Untuk makluman kuota berkenaan dipecahkan kepada 22GB untuk kegunaan sepanjang hari dan 22GB untuk penggunaan dari pukul 1 pagi hingga 7 pagi.
Menurut Hotlink, anda boleh menggunakan kuota data tambahan ini pada kelajuan tinggi pada mana-mana aplikasi tanpa sebarang sekatan. Ini termasuk berkongsi Instragram Stories, menonton video YouTube, menghantar salam melalui WhatsApp atau mendengar muzik melalui Spotify.
Bersempena musim perayaan ini, Hotlink turut menerbitkan sebuah muzik video Gaya Hari Raya yang dibintangi oleh Alyssa Dezek, Fatin Afeefa, Nanasheme, Beacomel dan Wafiy. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran itu, layari laman promosi HotlinkMU.













