HONOR secara rasminya telah melancarkan dua varian 5G untuk produk sedia adanya, HONOR X7b dan juga HONOR Pad 9. Telefon pintar dan tablet berkenaan akan mula dijual di pasaran bermula dari 25 April ini dengan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan model bukan 5G peranti tersebut. Cuma HONOR X7b 5G menggunakan pemprosesan yang lebih pantas untuk varian ini.
HONOR X7b 5G menampilkan skrin LCD 6.8-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, kecerahan puncak 850 nits dan kecerahan minimum 2 nits untuk pemalapan. Ia menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 6020, RAM 8GB dan storan 256GB dengan slot kad mikroSD.
Untuk fotografinya pula, ia menampilkan kamera 108MP, kamera makro 2MP dan sensor berkedalaman. Baterinya pula hadir dengan kapsiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 35W.
HONOR Pad 9 5G
Dalam pada masa yang sama HONOR Pad 9 5G pula mempunyai skrin LCD 12.1-inci 2.5K dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Tablet ini juga menggunakan pemprosesan Qualcomm Snpadragon 6 Gen 1 seperti varian Wi-Fi sahaja, namun ia menyokong ketersambungan 5G.
Tablet yang menawarkan RAM 8GB dan storan 256GB ini juga dilengkapkan dengan kamera 13MP di belakangnya, serta kamera 8MP di hadapannya. Bateri berkapasiti 8,300mAh disediakan untuk tablet ini dengan sokongan pengecasan 35W.

HONOR X7b 5G dijual pada harga RM899, menakala HONOR Pad 9 5G pula dijual pada harga RM1,799. Kedua-dua peranti baharu keluaran HONOR ini boleh didapati menerusi kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok, serta wakil pengedar rasmi di seluruh negara.













