Kuala Lumpur, 8 Disember 2025 – Telefon pintar mercu terbaharu, HONOR Magic8 Pro, memulakan jualan rasminya dengan langkah kanan apabila berjaya menarik ribuan pengunjung ke kedai fizikal HONOR sepanjang hujung minggu.
Selain spesifikasi teknikal yang memukau, faktor utama yang memacu jualan laris ini adalah tawaran pakej hadiah eksklusif bernilai RM2,190 yang disifatkan sebagai peluang yang tidak wajar dilepaskan.
Setiap pembelian didatangkan dengan HONOR CHOICE Earbuds Clip, rebat tunai segera sebanyak RM300, serta akses eksklusif Google AI Pro Higher Access selama tiga bulan.
Reaksi Positif Pengguna Terhadap Teknologi Kamera
Daya tarikan utama peranti ini terletak pada keupayaan fotografinya yang dipuji mampu menyaingi jenama pesaing lain di pasaran. Pengguna nyata berpuas hati dengan hasil imej yang ditawarkan, terutamanya dalam pencahayaan rendah.
“Kameranya memang terbaik. Gambar semua jelas dan cantik. Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP telefon ini memang hebat, gambar waktu malam terang, jelas dan tidak kabur walaupun zum dari jauh,” menurut Amirul Saad, salah seorang pembeli terawal peranti tersebut.
Sentimen serupa turut dikongsikan oleh Eddy Liew yang menyifatkan pembelian HONOR Magic8 Pro sebagai pelaburan bijak. Beliau menekankan bahawa gabungan hadiah percuma, jaminan perlindungan, dan prestasi peranti adalah faktor penentu.
“Hadiah percuma dan jaminan yang diberikan amat menguntungkan. Kamera, bateri, ciri AI dan peningkatan prestasi HONOR Magic8 Pro memang berbaloi!” jelas Eddy Liew.
Spesifikasi Utama dan Nilai Unik
HONOR Magic8 Pro diperkenalkan dengan lima kelebihan utama yang direka untuk menyelesaikan masalah lazim pengguna telefon pintar, termasuk isu bateri dan ketahanan isyarat. Berikut adalah spesifikasi utama yang menjadi tumpuan:
- Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP: Menghasilkan imej yang tajam dengan warna tepat walaupun dalam situasi pencahayaan mencabar.
- Bateri Besar 7,100mAh: Dilengkapi teknologi silikon karbon dan pengecasan pantas 100W untuk penggunaan sepanjang hari tanpa risau.
- Kesambungan Stabil: Direka khusus untuk memberikan isyarat rangkaian yang lebih mantap di kawasan liputan lemah.
- Paparan Mesra Mata: Skrin dengan kecerahan sehingga 6,000nits yang mengurangkan ketegangan mata ketika penggunaan lama.
- Ketahanan Lasak: Penarafan IP69K untuk kalis air dan habuk, disokong oleh pakej perlindungan komprehensif termasuk jaminan retak depan dan belakang selama 365 hari.
Harga dan Ketersediaan
HONOR Magic8 Pro kini boleh didapati dalam tiga warna elegan iaitu Sunrise Gold, Sky Cyan, dan Black. Peranti ini ditawarkan dalam dua variasi memori:
| Konfigurasi Memori | Harga |
|---|---|
| 24GB (termasuk 12GB Turbo RAM) + 512GB Storan | RM4,599 |
| 32GB (termasuk 16GB Turbo RAM) + 1TB Storan | RM5,199 |
Anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan spesifikasi peranti boleh melayari laman web rasmi HONOR Malaysia.













