HONOR telah mempamerkan keupayaan fotografi malam telefon pintar andalannya yang akan datang, HONOR Magic8 Pro. Hasil gambar yang diambil di sekitar Kuala Lumpur dan Kuching menonjolkan kemampuan Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP peranti itu dalam menghasilkan imej yang jelas dan terperinci walaupun dalam persekitaran cahaya rendah.​

Sistem kamera HONOR Magic8 Pro dilengkapi sensor telefoto 200MP terbesar dalam industri, bersaiz 1/1.4 inci dengan apertur f/2.6, yang membolehkan penangkapan cahaya yang optimum dan butiran yang tajam dari jarak jauh.

Ia juga disokong oleh penstabilan imej optik (OIS) bertaraf CIPA Tahap-5.5 yang paling stabil dalam industri, bagi mengurangkan kesan gegaran tangan terutamanya ketika menggunakan zum sehingga 100x.​

Selain fotografi landskap malam, peranti ini juga cemerlang dalam potret malam, hasil daripada algoritma AI termaju dan Kamera Utama Malam Ultra 50MP. Teknologi ini mampu menghasilkan tona kulit semula jadi dan efek bokeh yang hidup.​

Dua jurufoto bebas tempatan, Nazer Noor dan Ahmad Baser, memuji keupayaan peranti ini. Menurut Ahmad Baser, “Fotografi malam HONOR Magic8 Pro memang mengagumkan! Walaupun dalam pencahayaan yang sangat rendah, imej dihasilkan tajam, jelas, dan terperinci.”

Nazer pula menyatakan, “Kejelasan serta ketepatan warnanya memang ketara dengan hasil gambar yang ditangkap nampak hidup, macam melihat semula momen itu depan mata.”​

Ciri-ciri utama kamera HONOR Magic8 Pro:​

  • Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP​
  • Sensor telefoto 1/1.4 inci dengan apertur f/2.6​
  • Penstabilan imej optik (OIS) CIPA Tahap-5.5​
  • Keupayaan zum sehingga 100x​
  • Kamera Utama Malam Ultra 50MP dengan apertur f/1.6 dan sokongan OIS​
  • Algoritma AI termaju untuk potret malam​

HONOR dijadualkan akan mendedahkan maklumat lebih terperinci mengenai HONOR Magic8 Pro, termasuk kehebatan pengimejan dan reka bentuk premiumnya, pada 10 November ini.

Tinggalkan komentar