HONOR Magic V5 telah membuat kemunculannya di China pada awal bulan ini dan kini ia telah memasuki pasaran Malaysia. Ditonjolkan sebagai telefon pintar boleh lipat paling nipis, telefon pintar ini dikatakan tidak berkompromi dalam soal kualiti walaupun ia amat nipis.
Berukuran 8.8mm atau 9mm bergantung pada variannya, Magic V5 juga amat ringan pada 222gram untuk varian-varian lain atau 217 gram untuk varian Ivory White.
Telefon pintar ini menampilkan paparan luaran OLED 6.43-inci 1060 x 2,367 piksel dan paparan dalaman OLED 7.95-inci 2,172x 2,352 piksel. Kedua-dua panel ini mempunyai kadar penyegaran semula skrin 120Hz dan kecerahan puncak 5,000 nits. Selain itu, ia juga mempunyai penarafan IP58/59 untuk kerintangan air dan debu.
Kualiti tanpa Kompromi
Di dalamnya, Magic V5 dilengkapkan dengan Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang bergandingan dengan RAM 16GB, dan storan 512GB. Berbeza dengan model yang dilancarkan di China, versi global ini mempunyai bateri berkapasiti 5,820mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W. Ia menggunakan antaramuka MagicOS 9 berasaskan Android 15 dan menyokong 5G, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6.0.
Dari segi pengimejannya pula, ia menampilkan tetapan tri kamera yang mengandungi kamera utama 50MP, kamera telefoto berperiskop 64MP dan kamera bersudut lebar 50MP. Untuk swafoto pula terdapat kamera 20MP yang masing-masing ditempatkan pada panel luaran dan dalamannya.
Magic V5 juga didatangkan dengan ciri-ciri berbilang tugasan yang ditambah baik seperti mod Three Split Screen dan HONOR Share. Pemindahan fail antara peranti menggunakan HONOR Share kini turut menyokong peranti iOS dan macOS.
Terdapat empat warna pilihan ditawarkan yang terdiri daripada Ivory White, Dawn Gold, Silk Brown, dan Black. Anda boleh membuat pra-tempahan bermula dari hari ini sehingga 24 Julai menerusi kedai dalam talian rasmi dan juga di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
HONOR turut menyediakan hadiah percuma bernilai RM3,497 untuk pra-tempahan Magic V5 berbentuk pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299. Telefon pintar ini juga hadir dengan pelan perlindungan Worry-Free 1-Year Crack Protection dan 2-Year Quality Assurance. Untuk anda yang berhasrat menukarkan peranti lama dengan Magic V5, HONOR turut menyediaka program tukar-ganti sehingga 31 Ogos 2025.













