Utama Telco CelcomDigi HONOR Magic V5 kini tersedia menerusi Pelan Pascabayar Telco

HONOR Magic V5 kini tersedia menerusi Pelan Pascabayar Telco

45
0

HONOR Magic V5 mula menemui pengguna di pasaran tempatan pada minggu lepas selepas dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada minggu sebelumnya. Kini, syarikat-syarikat telekomunikasi turut menyediakan telefon pintar boleh lipat berkenaan ke dalam pelan masing-masing.

Maxis

Antaranya, Maxis menawarkan HONOR Magic V5 pada harga serendah RM135 sebulan melalui pelan Postpaid 199 yang berharga RM199 sebulan dan pelan Zerolution selama 36 bulan.

Selain itu, anda juga boleh boleh mendapatkan pelan 24 bulan yang menawarkan telefon pintar berkenaan dari RM210 sebulan. Anda juga boleh membuat bayaran pendahuluan pada harga dari RM4,499 sehingga RM5,299 bergantung pada pelan yang dipilih.

Hanya dua jenis warna yang boleh dipilih, Black dan Gold sahaja dengan warna Gold buat masa ini dinyatakan telah kehabisan stok oleh Maxis. Turut ditawarkan Jaminan Kualiti 2-tahun dan juga jaminan perlindungan skrin retak 1 tahun untuk skrin utama dan skrin hadapan.

CelcomDigi

Seterusnya CelcomDigi menawarkan HONOR Magic V5 secara eksklusif menerusi program Easy360. Ia ditawarkan pada harga bermula dari RM126 sebulan tanpa pilihan bayaran pendahuluan. Selain itu ia juga diikat bersama pelan One Ultra atau One Pro dengan kontrak selama 36 bulan.

CelcomDigi turut memberikan hadiah percuma berbentuk beg sandang kasual untuk telefon pintar boleh lipat ini. Terdapat tiga warna pilihan yang disediakan menerusi pelan CelcomDigi iaitu Black, Gold dan Brown. Sehingga artikel ini ditulis, warna Black disenaraikan telah kehabisan stok.

U Mobile

U Mobile juga menyediakan penawaran HONOR Magic V5 dengan harga ditawarkan bermula dari RM139 sebulan bersama-sama kontrak untuk selama 36 bulan. Untuk pelan 24 bulan pula, harganya bermula dari RM224 sebulan.

Untuk pengguna yang berhasrat membuat pembayaran pendahuluan, anda boleh membuat pembayaran pada harga di antara RM4,659 sehingga RM4,929. Terdapat tiga warna yang ditawarkan untuk Magic V5 melalui U Mobile iaitu Black, Gold dan Brown.

Yes

Akhir sekali, Yes turut menawarkan HONOR Magic V5 yang hanya menerusi pelan Infinite+ Ultra untuk 36 bulan pada harga RM178 sebulan.

Telefon pintar boleh lipat berkenaan pula ditawarkan pada harga RM70 sebulan dan anda boleh memilih warna yang juga terdiri daripada Black, Gold dan Brown.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.