HONOR sedang dalam usaha mengeluarkan Magic V Flip, telefon pintar boleh lipat berbentuk cengkerang. Ia dikatakan akan hadir dengan kapasiti bateri paling besar di kalangan telefon pintar boleh lipat berbentuk cengkerang, menurut laporan terkini dari pentiris maklumat terkenal, Digital Chat Station.

Sebuah imej denganĀ casing untuk cover screen telefon pintar berkenaan turut dikongsikan oleh pentiris maklumat tersebut. Rekaan tersebut juga kelihatan selari dengan reka bentuk pulau kamera berbentuk bulatan seperti yang pernah ditiriskan maklumatnya sebelum ini.HONOR Magic V Flip Cover Screen Casing

Menurut Digital Chat Station lagi, keseluruhan panel luarannya merupakan sebuah skrin dengan bingkai yang kecil pada bahagian bawahnya. Pulau kamera berbentuk bulatan dengan satu lampu flash LED juga kelihatan pada imej tertiris yang dikongsikan.

HONOR dilaporkan sedang di dalam persiapan untuk melancarkan siri HONOR 200 dan dijangkakan iklan acah Magic V Flip mungkin dipertontonkan ketika majlis tersebut. Pelancaran HONOR Magic V Flip dikatakan akan dilancarkan sekitar bulan Jun ini.

Jika HONOR masih lagi mengekalkan gaya seperti Magic V2 sebelum ini, berkemungkinan Magic V Flip akan menjadi antara telefon pintar boleh lipat yang paling nipis di pasaran kelak.

Tinggalkan komentar