Siri HONOR 200 yang baharu diperkenalkan beberapa bulan yang lalu kini akan menerima kemaskini yang memfokuskan pada ciri-ciri kecerdasan buatan (AI). Ciri-ciri seperti suntingan foto dikuasakan AI akan ditawarkan pada HONOR 200 dan HONOR 200 Pro.

Antara alat suntingan yang ditawarkan, Bokeh Adjustment yang membolehkan anda melaraskan fokus dan apertur di dalam semua foto untuk menambahkan kesan kabur.

Seterusnya, Group Photo Enhance akan memastikan semua individu di dalam foto akan kelihatan elok. Melalui alatan ini, siri HONOR 200 akan membetulkan sebarang herotan pada wajah dan juga jika terdapat individu yang matanya terpejam ketika gambar di ambil. Ia boleh digunakan untuk foto yang mempunyai individu antara dua hingga 50 orang melalui kamera belakang.

Akhir sekali, AI Eraser yang boleh memadamkan objek-objek yang dipilih oleh pengguna di dalam sesebuah foto menggunakan AI generatif. Ciri ini pada masa ini masih lagi belum ditawarkan dan ia akan menemui siri HONOR 200 pada September ini.

Bagaimanapun, ciri-ciri AI baharu ini tidak akan ditawarkan pada HONOR 200 Lite memandangkan ia merupakan model bajet di kalangan siri ini. Untuk siri Magic6 Pro pula, ciri AI Eraser tool akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti akaun Facebook rasmi atau kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Tinggalkan komentar