Pelanggan Grab Unlimited kini boleh menebus langganan ChatGPT Plus percuma selama sebulan, menurut laporan daripada Amanz. Ia boleh didapati melalui halaman Grab Rewards di dalam aplikasinya dan satu kod akan diberikan untuk ditebus ke dalam aplikasi ChatGPT.
Penebusan tersebut bagaimanapun memerlukan pengguna memasukkan maklumat berkaitan pembayaran seperti kad kredit atau kad debit. Oleh itu, jika anda hanya ingin menggunakan untuk sebulan sahaja, anda perlu membatalkannya secara manual.
Tawaran ChatGPT Plus percuma sebulan ini hanya ditawarkan sebagai promosi waktu terhad. Pelanggan Grab Unlimited boleh menebuskan kod tersebut sehingga 31 Disember 2025. Penebusan ini hanya diberikan sekali sahaja dan tidak boleh dibuat berulang kali.