Grab secara rasminya telah mengumumkan rancangannya untuk menjadi syarikat senarai awam di Amerika Syarikat hasil kerjasama dengan Altimeter Growth Group.

Penyenaraian Grab di NASDAQ ini kelak akan menggunakan nama dagangan “GRAB” dalam tempoh beberapa bulan lagi. Menurut laporan, penyenaraian ini tidak dilakukan secara tawaran awam awal (IPO) dan ianya dilakukan melalui special purpose acquisition company (SPAC).

Pada nilai awal sekitar $39.6 bilion (RM 164 billion), penyenaraian ini dikatakan akan menjadi gabungan SPAC terbesar di dunia sebaik ianya berjaya diselesaikan pada tahun ini.

Pada awalnya, Grab memulakan perkhidmatannya sebagai MyTeksi di Malaysia sebelum memindahkan ibu pejabatnya ke Singapura untuk memperluaskan perniagaannya.

Tinggalkan komentar