Hasil lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Narendra Modi ke ibu pejabat Google di Mountain View, California telah membuahkan hasil apabila CEO Google Sundar Pichai telah mengumumkan syarikat enjin berkenaan akan menyediakan perkhidmatan Wi-Fi berkelajuan tinggi di lebih dari 400 stesen keretapi di seluruh India.

Projek ini akan mewujudkan kerjasama di antara pasukan Access & Energy dari Google dengan Indian Railways dan RailTel dalam menyediakan Wi-Fi ke 100 buah stesen-stesen keretapi India yang paling sibuk di bandar-bandar utama seperti Mumbai, New Delhi, Chennai dan Bangalore menjelang penghujung tahun 2016. Seterusnya, membolehkan lebih dari 10 juta pengguna perkhdimatan kereta api di India mendapat akses ke Internet.

Rangkaian internet awam ini diteruskan pemasangannya sehingga mencapai jumlah lebih dari 300 buah stesen kereta api di seluruh India dan menjadikan projek ini projek rangkaian Wi-Fi awam terbesar di dunia.

Sundar Pichai selaku CEO Google turut memaklumkan bahawa perkhidmatan yang disediakan dari Google ini lebih pantas dari kebanyakan perkhidmatan yang boleh didapati oleh rakyat India buat masa ini.

Beliau turut menambah, projek lain seperti Android One yang dilaksanakan di India mampu memberikan akses Internet yang lebih meluas kepada keseluruhan warga India. Android One merupakan projek yang membenarkan para pengguna yang memiliki akses internet yang terhad melayari laman web dengan lebih seronok dengan fungsi seperti tontonan Youtube secara offline dan juga fungsi penggunaan aplikasi Google Maps secara offline.

Sumber berita diperoleh dari Google Blog

Tinggalkan komentar