Google hari ini telah mengumumkan telefon pintar mercu keluarannya, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Kedua-dua telefon pintar ini akan mula menemui pengguna sekitar musim luruh ini dan akan menggunakan cipset baharu.
Cipset tersuai pertama dari Goolge, Tensor juga akan diperkenalkan julung kalinya bersama-sama telefon pintar baharu ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai, pihaknya telah mengusahakan cipset tersuai tersebut sejak dari empat tahun lalu. Tumpuan utama cipset berkenaan adalah pada penambahbaikan prestasi pembelajaran mesin.
AI is the future of our innovation work, but the problem is we’ve run into computing limitations that prevented us from fully pursuing our mission. So we set about building a technology platform built for mobile that enabled us to bring our most innovative AI and machine learning (ML) to our Pixel users. We set out to make our own System on a Chip (SoC) to power Pixel 6. And now, years later, it’s almost here.
Manfaat cipset tersuai ini merangkumi penambahbaikan keupayaan fotografi berkomputer sedia ada dan fungsi-fungsi baharu seperti suntingan kualiti video berkomputer. Turut diperkenalkan penambahbaikan pada pengecaman pertuturan dengan terjemahan masa nyata dan penaipan (typing) bersuara.
Tidak ketinggalan, penambahbaikan keselamatan melalui teras keselamatan baharu dan cip Titan M2 yang dikatakan mempunyai lapisan keselamatan perkakasan paling banyak berbanding telefon lain.
Rekabentuk Google Pixel 6 akan tampil dengan keunikan pada bahagian kameranya ditempatkan. Pixel 6 menawarkan paparan yang rata FHD+ 6.4-inci 90Hz dengan kemasan aluminum matte pada sebelah sisinya.
Bagi Pixel 6 Pro pula, ia mempunyai paparan melengkung QHD+ 6.7-inci 120Hz dengan kemasan kerangka aluminium sedikit berkilat pada sisinya dan kamera telefoto 4x. Kedua-dua model telefon pintar ini akan ditawarkan dengan tiga warna pilihan masing-masing mengikut modelnya dan juga mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam peranti.
![]()
Lain-lain spesfikasi seperti kapasiti bateri, sensor kamera dan sebagainya akan diumumkan sekitar pelancarannya pada musim luruh ini.











