Google baru-baru ini telah menerbitkan versi kelima dan terakhir untuk Android 12 beta. Dalam pada masa yang sama turut menyatakan terbitan rasmi penuhnya akan hadir dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.

Terbitan beta terkini juga adalah yang pertama dapat dipasang oleh pengguna telefon Pixel 5A.

Pengguna yang kini sedang menggunakan Android 12 beta mungkin tidak menyedari perubahan versi yang diperkenalkan ini. Kemaskini beta terbaru ini lebih menumpukan pada ketersediaan untuk para pembangun aplikasi.

Buat masa ini, terutamanya kepada anda yang memiliki Pixel 5A, ini mungkin waktu terbaik untuk anda mencuba Android 12 lebih awal. Hal ini kerana di peringkat ini sistem operasi berkenaan telah berada di peringkat yang lebih stabil.

Android 12 dikatakan akan hadir dengan perubahan rekaan antaramuka (UI) besar-besaran melalui sistem pentemaan (theming). Ia juga memperkenalkan sistem widget baharu, lokasi lain untuk kawalan rumah pintar dan Google Pay.

Tinggalkan komentar