Google memperkenalkan fungsi terbaru pada produk perkhidmatan emelnya, Gmail dengan memberikan fungsi menyekat alamat-alamat emel tertentu. Fungsi ini bakal memberikan kelebihan buat para pengguna emel menguruskan peti masuk masing-masing.
Pengguna hanya perlu membuat pilihan melalui drop down menu yang sama dengan fungsi membalas atau forward emel. Justeru, ia dapat membantu para pengguna menghindarkan peti masuk mereka dari gangguan emel-emel sarap yang kerap dihantar oleh sesetengah pihak.
Buat permulaan, fungsi sekatan melalui menu drop down ini akan hadir pada Gmail versi pelayar web. Dikhabarkan, pada versi aplikasi Android, ia akan hadir pada minggu hadapan.
Selain dari pengenalan fungsi sekatan ini, Google turut memperkenalkan fungsi menarik diri dari langganan (unsubscribe) yang lebih mesra pengguna buat aplikasi Gmail untuk Android.
Pengguna Android boleh memilih untuk menyenaraikan alamat emel secara terus dari aplikasi Gmail pada peranti mudah alih. Melalui pengenalan fungsi baru untuk Gmail Android ini, pengguna dapat mengawal emel-emel berbentuk pengiklanan yang seringkali menjadi punca peti masuk emel pengguna menjadi penuh.
Kebanyakan pengguna hari ini sering meluangkan masa di atas talian mereka dengan melayari media sosial dan amat jarang mahu mengosongkan peti masuk dari emel-emel sarap. Kebanyakan emel-emel sarap yang lebih kepada bentuk pengiklanan kerap memenuhi peti masuk emel pengguna dan ianya seringkali menimbulkan rasa kurang senang pada sesetengah pengguna.
Sumber info diperoleh dariĀ Gmail Blog













belum ada masa nak kemas peti emel huhu