Antara perkara utama yang paling mencuri tumpuan terhadap Samsung Galaxy Z Flip 3 5G adalah pada Cover Screen apabila ia dilipat. Paparan Super AMOLED 1.9-inci yang ditawarkan olehnya adalah empat kali ganda lebih besar berbanding keluaran sebelumnya.
Model terkini ini mengetengahkan rekaan ringkas tetapi penuh makna dengan menggabungkan Cover Screen dan kamera ke dalam satu tempat.
Rekaan luaran telefon pintar ini menampilkan rupa paras yang ringkas dengan dwi-tona lembut. Ia diserikan lagi dengan lapisan berwarna hitam unik menjadikan rekaannya lebih sofistikated. Bahagian hitamnya berglos, manakala bahagian berwarna pula menyerlahkan warna matte.
Apabila anda memegang telefon ini ketika dalam bentuk lipatan, butang kuasanya boleh dicapai dengan ibu jari. Seterusnya memudahkan anda mengakses ke Cover Screen dan pelbagai fungsi yang ditawarkan olehnya walaupun ketika dilipat.
Hideaway Hinge
Samsung telah melakukan pelbagai usaha memurnikan bentuk rekaan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G. Hasilnya, rekaannya bukan sekadar kelihatan penuh kelembutan dari luar, malah pada dalamannya juga.
Engselnya (Hideaway Hinge) yang membolehkan pengguna membuka dan melipatnya dalam apa jua sudut yang diinginkan. Kali ini, ia tampil lebih nipis berbanding sebelumnya. Samsung Galaxy Z Flip 3 5G direka bagi melindungi engselnya dari sebarang debu dan partikel luaran tanpa mengorbankan keanggunan ciri rekaannya.
Pelbagai pilihan warna dan aksesori mengikut citarasa unik pengguna juga menambah daya tarikan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G ini. Melalui keseluruhan tujuh warna pilihannya, Phantom Black, Green, Lavender dan Cream, pengguna dihidangkan dengan pelbagai pilihan yang boleh dipilih.
Bagi yang gemar menghias telefon, anda mungkin boleh melihat pada barisan aksesori khusus untuk Samsung Galaxy Z Flip 3 5G yang turut menerima sentuhan unik melalui kolaborasi dengan pelbagai jenama terkemuka.
Anda boleh menambah pelbagai aksesori unik melalui bekas jernih untuk Galaxy Z Flip 3 5G seperti gelang pemegang telefon, bekas strap dan pelbagai pallete. Anda boleh menggunakan pelbagai aksesori yang ditawarkan bagi menghiasi Galaxy Z Flip 3 ini supaya kelihatan cantik dan unik.
Sehingga 31 Oktober 2021, pembelian Galaxy Z Flip 3 5G akan berpeluang menerima e-baucar bernilai RM350 dan perlindungan selama setahun Samsung Care+ bernilai RM699.
Makklumat lanjut mengenai tawaran Galaxy Z Flip 3 5G ini, layari: http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-launch-2021/
Miliki Samsung Galaxy Z Flip 3 5G hari ini: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/













