Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Garmin memperkenalkan Jam Tangan Pintar epix Pro dan siri fēnix 7 Pro

Garmin memperkenalkan Jam Tangan Pintar epix Pro dan siri fēnix 7 Pro

333
0

Garmin Malaysia hari ini melancarkan siri epix Pro, jam tangan GPS pintar generasi baharu yang berprestasi tinggi dengan paparan AMOLED yang cukup bersinar dan siri fēnix 7 Pro Series, jam tangan pintar GPS pelbagai sukan premium yang dilengkapi pengecasan solar, direka untuk memacu prestasi para atlet dan mereka yang sukakan cabaran.

Tawaran terbaharu siri epix Pro

  • Tiga pilihan saiz tersedia bagi keselesaan pemakaian pelbagai saiz pergelangan tangan.
  • Lampu suluh LED terbina dengan keamatan cahaya yang boleh diubah dan mod strob untuk kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang lebih baik apabila berlatih dalam suasana gelap.
  • Mod Red Shift yang menukarkan warna paparan kepada rona kemerahan untuk membantu pemakai menyesuaikan diri dengan persekitaran gelap dan mengurangkan gangguan kitaran waktu tidur.
  • Kekal aktif dengan beberapa dozen aktiviti baharu yang telah ditetapkan termasuk bola sepak, bola keranjang, sukan beraket, sukan berkuda dan pelbagai lagi.
  • Tingkatkan kefahaman tentang tahap kecergasan menerusi fungsi latihan lanjutan seperti skor kecuraman dan skor ketahanan.
  • Para pelari yang memanfaatkan fungsi Up Ahead kini boleh menyaksikan beberapa titik tempat menarik (POI), seperti stesen bantuan, langsung di atas paparan peta untuk memberikan maklumat awal kepada para pelari tentang kewujudan titik-titik tersebut di sepanjang laluan mereka.
  • Pengesan kadar degupan jantung yang dioptimumkan menawarkan pemantauan prestasi pelbagai sukan yang lebih diperkasakan.
  • Tindanan peta cuaca baharu yang membolehkan pemakai mendapatkan maklumat mengenai tinjauan cuaca dari semasa ke semasa
  • Teduhan relief membolehkan peta topografi lebih mudah dibaca.

Tawaran terbaharu siri fēnix 7 Pro

  • Lampu suluh LED terbina: Boleh didapati dalam semua pilihan saiz, keamatan cahaya yang boleh diubah, lampu keselamatan berwarna merah dan mod strob membantu meningkatkan kepekaan pemakai terhadap persekitaran sekeliling semasa berlatih dalam suasana gelap.
  • Paparan MIP generasi baharu: Piksel yang direka semula, lampu latar dan panel solar yang membantu menambah baik kebolehbacaan dalam ruang tertutup, menyediakan kecerahan yang dipertingkatkan; kecekapan kuasa dan kebolehsesuaian dengan pelbagai pencahayaan yang berbeza—kesemuanya tidak menggugat prestasi cahaya matahari
    paparan MIP yang luar biasa.
  • Pengesan kadar degupan jantung: Pengesan optik yang diperkasakan dan algoritma sukan spesifik menawarkan pemantauan prestasi yang lebih baik untuk rangkaian aktiviti yang lebih meluas, membolehkan kefahaman tentang bagaimana tubuh badan bertindak balas kepada sukan dengan lebih mudah.
  • Skor ketahanan: Nilaikan betapa mudahnya untuk meneruskan usaha-usaha yang berpanjangan dan dalam masa yang sama mengambil kira tentang data latihan seperti VO2 max, beban latihan jangka pendek dan jangka panjang dan bermacam lagi daripada semua aktiviti sukan yang lain.
  • Skor kecuraman: Nilaikan betapa mudahnya untuk berlari mendaki bukit dan ketahanan larian pada pendakian curam yang panjang, sambil menilaikan kemajuan dari semasa ke semasa berdasarkan VO2 max dan sejarah latihan.
  • Up Ahead: Lihat beberapa jenis titik tempat menarik (POI), seperti stesen bantuan, langsung terpapar dalam peta untuk memberikan maklumat awal kepada para pelari tentang kewujudan titik-titik tersebut di sepanjang laluan mereka.
  • Tindanan peta cuaca: Paparan tinjauan cuaca yang lebih mudah diakses.
  • Teduhan relief: Peta topografi yang mudah dibaca.
  • Aktiviti tambahan yang telah dimuat naik: Arung jeram, motocross, sukan darat dan berdozen aktiviti baharu yang lain membantu para pemakai untuk kekal aktif.

Maklumat lanjut mengenai siri epix pro

Dengan jangka hayat bateri selama 31 hari, siri epix Pro sarat dengan pemantauan kesihatan sepanjang hari dan metrik kecergasan untuk membantu para pemakai kekal aktif. Malah, dengan tiga pilihan saiz – 42mm, 47mm dan 51mm – dan lampu suluh LED terbina dalam setiap jam tangan, ia peneman sempurna untuk setiap pengembaraan anda.

“Untuk menjadi yang terbaik, anda perlukan yang terbaik, dan kami teruja untuk membawakan fungsi-fungsi inovatif bersama jam tangan pintar terhebat kami setakat ini. Dilengkapi dengan perkakasan latihan yang berinovatif, makluman pemetaan, pandangan kesihatan dan kesejahteraan, dan pelbagai lagi, siri terbaharu epix Pro tidak lagi memerlukan anda untuk memilih fungsi mana yang anda kehendaki, sebaliknya hanya perlu memikirkan saiz manakah yang terbaik untuk anda.” – En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Reka Bentuk Lasak

Dibina untuk pemakaian 24/7, siri epix Pro menggabungkan reka bentuk atletik yang berdaya tahan dengan bahan premium seperti nilam dan titanium – masing-masing dengan paparan AMOLED berwarna penuh yang menakjubkan. Skrin sentuh responsif melengkapkan reka bentuk 5 butang tradisional, membolehkan akses pantas kepada peta, statistik kecergasan, pemberitahuan pintar dan banyak lagi. Serasi dengan pelbagai jenis jalur logam, kulit, nilon dan silikon QuickFit, siri epix Pro
boleh dipakai dengan mudah di dalam bilik mesyuarat sama seperti di gim.

Memenangi Setiap Waktu

Dengan berdozen aplikasi sukan terbina – termasuk aktiviti sukan berkumpulan baharu seperti bola sepak, besbol, bola lisut dan banyak lagi – Siri epix Pro menyediakan data dan cerapan untuk pelbagai
minat. Sama ada bersenam di gim atau di kediaman, Siri epix Pro memantaui aktiviti seperti latihan kekuatan, kardio, mendayung dalaman, menaiki tangga, yoga dan HIIT. Pemakai juga boleh mengikuti
animasi latihan kardio, latihan kekuatan, yoga dan Pilates terus menerusi skrin jam tangan mereka.

Bagi mereka yang menerokai kawasan luar yang hebat, mereka boleh memantau pengembaraan seperti mendaki, berbasikal gunung, bermain ski, luncur papan salji, meluncur, arung jeram dan banyak lagi.

Pemakaian Sepanjang Masa

Direka untuk pemakaian sepanjang hari, siri epix Pro Series merangkumi alat kesihatan dan kesejahteraan terkini, serta set ciri pintar untuk memastikan pemakai sentiasa berhubung semasa dalam perjalanan. Sarat dengan ciri pemantauan kesihatan 24/7, Siri epix Pro termasuk pengesan Pulse Ox berasaskan pergelangan tangan, pemantauan tenaga Body Battery, penasihat jet lag, pemantauan tidur canggih dan skor tidur, dan banyak lagi. Pemakai juga boleh mencipta paparan yang disesuaikan berdasarkan waktu tidur malam sebelumnya, situasi semasa latihan mereka, status Kebolehubahan Kadar Jantung (HRV) dan banyak lagi sebaik sahaja mereka bangun dari tidur dengan ciri laporan pagi.

Sarat dengan fungsi yang saling berhubung, siri epix Pro membolehkan pemakai: menerima pemberitahuan pintar; muat turun lagu daripada Spotify®, Deezer atau Amazon Music (langganan premium diperlukan) untuk mendengar tanpa telefon; bersenam tanpa sebarang kerisauan dengan pengesanan insiden, bantuan dan LiveTrack

Sedia Untuk Hari Perlumbaan

Sama ada latihan untuk 5K atau jarak yang lebih jauh, siri epix Pro Series disediakan untuk menemani anda di setiap langkah. Setiap pagi, pemakai boleh mendapatkan skor kesediaan latihan untuk membantu mereka menentukan bentuk latihan yang boleh mereka jalani manakala metrik seperti VO2 max, beban latihan, status latihan dan banyak lagi akan membantu mereka mengukur prestasi keseluruhan. Mereka yang bersedia untuk perlumbaan seterusnya boleh memanfaatkan pelan latihan Garmin Coach 5K, 10K atau separuh marathon secara percuma dan juga menggunakan widget perlumbaan untuk melihat petua latihan, ramalan masa pelengkapan dan cadangan senaman harian sepanjang minggu. Untuk pelari jarak jauh, siri epix Pro menyertakan pelbagai ciri latihan lanjutan, termasuk PacePro, ClimbPro, cerapan stamina masa nyata dan kuasa larian berasaskan pergelangan tangan.

Mengemudi Dengan Mudah

Tidak kira ke mana hala tuju pengembaraan seterusnya, siri epix Pro Series menyertakan ciri pemetaan premium untuk membantu para pengembara kekal di landasan yang betul. Teknologi SatIQTM dan
penerimaan isyarat berbilang jalur digabungkan dengan pelbagai GNSS memberikan ketepatan kedudukan yang unggul dalam persekitaran yang mencabar – semuanya sambil mengoptimumkan hayat bateri. Tersedia dalam epix Pro Sapphire Editions, peta TopoActive yang dipramuat
menyediakan pemetaan berbilang benua dari seluruh dunia untuk memastikan penerokaan di landasan yang betul. Dengan langganan Outdoor Map+ (dijual berasingan), pengguna akan menerima kandungan pemetaan premium, seperti imejan satelit, terus pada jam tangan mereka. Sebelum mengorak, pengembara boleh mencipta atau mencari kursus sedia ada dalam Garmin ConnectTM dan menggerakkannya dengan lancar ke jam tangan mereka, atau, semasa keluar mengembara, boleh menggunakan Siri epix Pro untuk mencipta laluan pergi balik di laluan tempatan menggunakan penghalaan populariti TrendlineTM. Selain itu, paparan AMOLED yang terang menonjolkan lagi ciri ini – menyediakan peta yang sangat terperinci dan mudah untuk ditafsirkan supaya pengembara boleh membuat keputusan termaklum.

Model yang tersedia termasuk epix Pro – 42mm, epix Pro – 47mm dan epix Pro – 51mm, dengan pilihan untuk Edisi standard dan Sapphire.

Maklumat lanjut mengenai siri fēnix 7 Pro

Dengan cerapan prestasi pro gred, keupayaan pemetaan tambahan dan penjejakan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang masa, Siri fēnix 7 Pro dibina untuk menakluki sepanjang hari, setiap hari.

Selain itu, dengan lampu suluh LED terbina dalam dan kanta pengecasan suria pada setiap model yang menawarkan hayat bateri sehingga 37 hari dalam mod jam pintar dan sehingga 139 hari dalam mod ekspedisi, anda boleh menikmati lebih banyak masa di luar rumah, siang atau malam.

“Selama lebih sedekad, ramai yang bergantung pada barisan fēnix premium Garmin untuk semua pengembaraan mereka, dan kami sangat teruja untuk membawa kemajuan latihan dan pemetaan kepada Siri fēnix 7 Pro baharu. Sama ada melintasi denai berdebu atau mendaki puncak bersalji, Siri fēnix 7 Pro ialah teman terbaik—tidak kira ke mana laluan itu menghala. – En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Prestasi unggul

Hadapi sebarang cabaran dengan berpuluh-puluh apps sukan terbina – daripada mendaki dan berbasikal gunung kepada latihan kekuatan dan seterusnya – serta set alat latihan lanjutan yang dipertingkatkan. Setiap pagi, atlet boleh menerima skor kesediaan latihan untuk menentukan sama ada hari tersebutadalah hari yang baik untuk bekerja keras atau bertenang, manakala metrik latihan lanjutan seperti skor bukit, skor ketahanan, VO2 max, status latihan dan banyak lagi akan membantu
mengukur prestasi keseluruhan. Semasa diluarkeluar untuk larian atau berbasikal, PacePro menyediakan panduan rentak berasaskan GPS untuk kursus atau jarak yang dipilih, manakala ClimbPro memaparkan maklumat masa nyata tentang pendakian semasa dan akan datang.

Sementara itu, ciri rentak terlaras gred menyediakan rentak larian yang setara pada usaha yang sama di atas tanah rata atau semasa mendaki permukaan curam. Selain itu, untuk mengelakkan keletihan, cerapan stamina dan kuasa larian berasaskan pergelangan tangan menjejaki tahap usaha dan output kuasa dalam masa nyata.

Untuk lebih bersedia untuk hari perlumbaan, widget perlumbaan menyediakan petua latihan, cadangan senaman harian yang diperibadikan dan ramalan masa penyiapan untuk acara akan datang
berdasarkan butiran kursus, cuaca dan prestasi. Atlet juga boleh melihat latihan cadangan harian yang diperibadikan yang menyesuaikan diri selepas setiap larian atau tunggangan untuk memadankan prestasi dan pemulihan sambil turut mengambil kira perlumbaan akan datang yang ditambahkan pada kalendar Garmin Connect.

Navigasi yang dipercayai

Sarat dengan fungsi pemetaan premium, siri fēnix 7 Pro sedia untuk setiap pengembaraan—tidak kira bagaimana mencabarnya pengembaraan tersebut.

  • Teknologi SatIQ dan penerimaan isyarat berbilang jalur digabungkan dengan pelbagai GNSS memberikan ketepatan kedudukan yang unggul dalam persekitaran yang mencabar, semuanya sambil mengoptimumkan hayat bateri.
  • Peta TopoActive yang dipramuatkan menyediakan pemetaan berbilang benua dari seluruh dunia

    Outdoor Maps+ membolehkan pengembara menerima kandungan pemetaan premium Amerika Syarikat, seperti imejan satelit, peta tanah awam, peta TOPO yang dipertingkatkan dan banyak lagi terus pada jam tangan.

  • Peta SkiViewTM membolehkan pemain ski melihat nama larian dan penilaian kesukaran untuk lebih daripada 2,000 pusat peranginan ski pramuat di seluruh dunia manakala Peta CourseView membenarkan pemain golf mengakses peta warna penuh pramuat untuk lebih daripada 43,000 padang golf di seluruh dunia.
  • Sebelum mengorak langkah, cipta atau cari kursus sedia ada dalam Garmin Connect dan segerakkan dengan lancar ke jam tangan.
  • Semasa mengembara, buat laluan pergi balik dari pergelangan tangan menggunakan penghalaan populariti TrendlineTM untuk mencari laluan tempatan terbaik.

Pemakaian sepanjang hari

Dengan hayat bateri selama berminggu-minggu – dan pengecasan solar untuk memberikan rangsangan kuasa tambahan daripada matahari – tidak perlu mematikan Siri fēnix 7 Pro setiap malam untuk pengecasan. Hasilnya, pengguna boleh menerima cerapan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang masa, termasuk Pulse Ox7 berasaskan pergelangan tangan, pemantauan tenaga Body Battery untuk mencari masa terbaik untuk aktiviti dan rehat, pemantauan tidur yang canggih dan skor tidur untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana tubuh badan kembali pulih dan pelbagai lagi.

Selepas bangun, pengguna boleh menerima laporan pagi yang memberikan paparan tersuai pada tidur malam tadi, pandangan latihan mereka, Kebolehubahan Kadar Jantung (Status HRV) dan banyak lagi.
Bagi mereka yang memulakan perjalanan jarak jauh, ciri Penasihat Jet Lag membolehkan mereka memasukkan butiran perjalanan mereka dalam kalendar Garmin Connect dan menerima panduan tentang pendedahan cahaya, jadual tidur dan senaman untuk membantu meminimumkan kesan jet lag.

Walaupun semasa dalam perjalanan, siri fēnix 7 Pro Series boleh membantu pengguna kekal berhubung. Apabila digandingkan dengan telefon pintar yang serasi, semua pemberitahuan pintar boleh dilihat terus dari jam tangan manakala ciri keselamatan dan penjejakan seperti pengesanan insiden, bantuan dan LiveTrack membolehkan atlet bersenam dengan lebih ketenangan fikiran.

Pengguna boleh memuat turun lagu daripada Spotify®, Deezer atau Amazon Music (langganan premium diperlukan) untuk mendengar tanpa telefon. Lasak lagi bergaya, setiap model dalam Siri fēnix 7 Pro menampilkan paparan bercas suria, skrin sentuh responsif, butang tradisional dan sarung polimer bertetulang gentian dengan bezel keluli dan penutup belakang. Lebih-lebih lagi, jam tangan pintar diuji mengikut piawaian ketenteraan A.S. untuk rintangan haba, kejutan dan air. Model yang tersedia termasuk: fēnix 7S Pro – 42mm, fēnix 7 Pro – 47mm dan fēnix 7X Pro – 51mm, dengan pilihan untuk Edisi standard dan Sapphire.

Siri epix Pro dijual pada harga yang dicadangkan bermula dari RM 4,950 dan siri fēnix 7 Pro dijual dengan harga bermula dari RM 4,450 dan boleh didapati mulai hari ini di Lazada, Shopee, AECO e-store, Kedai Jenama Garmin dan semua peruncit sah.

Kejuruteraan dalaman untuk kehidupan di luar, produk Garmin telah merevolusikan kehidupan untuk pelari, penunggang basikal, perenang dan atlet dari semua peringkat dan kebolehan. Komited untuk membangunkan teknologi yang membantu orang ramai kekal aktif dan meningkatkan prestasi, Garmin percaya setiap hari adalah peluang untuk berinovasi dan peluang untuk mengalahkan semalam.

Jenama kecergasan Garmin yang lain termasuk Tacx dan Firstbeat Analytics. Untuk maklumat lanjut, lawati bilik akhbar maya Garmin di garmin.com.my/news/pressroom/, atau ikuti kami di facebook.com/GarminMalaysia, instagram.com/GarminMalaysia, youtube.com/GarminMalaysiaAsia. Atau ikuti pengembaraan kami di garmin.com/en-MY/blog/.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.