Epson telah mengumumkan pihaknya akan menghentikan penjualan dan pengedaran pencetak laser menjelang 2026 demi menjaga kelestarian alam sekitar.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Epson menyatakan produk tersebut menggunakan jumlah tenaga yang tinggi berbanding pencetak jenis dakwat jet.

Syarikat multinasional dari Jepun ini juga telah pun menamatkan penjualan pencetak laser di beberapa buah negara. Hanya sebahagian pasaran di Asia dan Eropah sahaja yang masih lagi meneruskan aktiviti penjualan pencetak laser.

Walaupun sedang di dalam proses memberhentikan jualan, Epson masih lagi menawarkan sokongan dari segi alat ganti dan produk-produk isian semula untuk pencetak-pencetak laser keluarannya.

Tinggalkan komentar