Utama Komputer Permainan Epic Games Store tergendala gara-gara tawaran GTA V Percuma

Epic Games Store tergendala gara-gara tawaran GTA V Percuma

755
0

Epic Games seperti kebiasaannya pada setiap hari Jumaat (waktu Malaysia) akan menawarkan permainan komputer percuma. Untuk minggu ini, permainan percuma tersebut adalah Grand Theft Auto V (GTA V).

Memandangkan khabar mengenai penawaran percuma permainan komputer telah tersebar lebih awal, laman Epic Games Store telah tergendala berikutan jumlah pengunjung yang terlalu tinggi.

Sebelum itu Epic Games telah cuba merahsiakan judul permainan tersebut dengan memaparkan countdown sehingga ianya sedia untuk diperoleh. Entah bagaimana, tweet mengenainya telah terhantar oleh pihak Epic Games sendiri. Lantas, menyebabkan lebih ramai pengguna menjadi teruja untuk mendapatkannya.

Semakan terbaru dari kami mendapati laman Epic Games Store kini sudah boleh dilayari seperti biasa. Ini mungkin disebabkan kebanyakan pengguna sudah pun mendapatkan GTA V secara percuma dari Epic Games Store.

Jika anda masih lagi belum mendapatkannya, anda tidak perlu khuatir kerana tawaran percuma ini dibuka sehingga 21 Mei 2020, jam 11 malam (waktu Malaysia).

Muat turun permainan komputer Grand Theft Auto V di Epic Games Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.