Pemandu e-hailing di Malaysia kini boleh memperbaharui cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh yang lebih fleksibel bermula 30 Januari 2026.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memperkenalkan perubahan ini bagi menyelesaikan masalah yang menyukarkan pemandu. Ia berlaku apabila pemandu ingin memperbaharui cukai jalan tetapi permit kenderaan e-hailing (eVP) mereka mempunyai tempoh sah kurang daripada enam bulan.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya membenarkan tempoh pembaharuan selama enam atau 12 bulan sahaja.

Tempoh Pembaharuan Fleksibel

Di bawah rangka kerja baharu, tempoh pembaharuan minimum kini adalah satu bulan manakala maksimum kekal pada 12 bulan. Ini membolehkan kesahan cukai jalan diselaraskan dengan lebih baik dengan baki tempoh sah permit, pemeriksaan, dan perlindungan insurans.

MOT menegaskan semua pembaharuan tempoh pendek tertakluk kepada kesahan paling singkat antara eVP, laporan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (PPKM), dan perlindungan insurans.

Fleksibiliti ini hanya terpakai selagi kenderaan tersebut berdaftar secara sah sebagai kenderaan e-hailing.

Had Bayaran dan Kadar Sedia Ada

Bagi pembaharuan antara satu hingga lima bulan, jumlah fi kumulatif yang dikenakan tidak akan melebihi kadar cukai jalan standard enam bulan.

Kementerian turut mengesahkan kadar fi untuk pembaharuan enam dan 12 bulan kekal tidak berubah.

Kadar Cukai Jalan Prorated Mengikut Kapasiti Enjin

Kadar cukai jalan prorated baharu berdasarkan kapasiti enjin dan tempoh kesahan telah berkuat kuasa di seluruh Malaysia dengan kod penggunaan dan struktur serantau yang berbeza.

Semenanjung Malaysia (Kod AB):

  • Kenderaan 1,000cc ke bawah: RM20 (12 bulan), RM10 (enam bulan), RM5 (tiga bulan), RM3.40 (dua bulan), RM2.70 (satu bulan)
  • Kenderaan 1,404cc hingga 1,600cc: RM90 (12 bulan), RM45 (enam bulan), RM22.50 (tiga bulan), RM15 (dua bulan), RM8.50 (satu bulan)

Semenanjung Malaysia (Kod AD):

  • Kenderaan 1,000cc ke bawah: RM20 (12 bulan), RM10 (enam bulan), RM5 (tiga bulan), RM3.40 (dua bulan), RM2.70 (satu bulan)
  • Kenderaan 1,404cc hingga 1,600cc: RM120 (12 bulan), RM60 (enam bulan), RM30 (tiga bulan), RM20 (dua bulan), RM11 (satu bulan)

Kadar Lebih Rendah di Sabah, Sarawak dan Zon Bebas Cukai

Sabah dan Sarawak mempunyai struktur serupa tetapi dengan kadar keseluruhan yang lebih rendah.

Di bawah kod AB untuk kenderaan 1,404cc hingga 1,600cc, kadar baharu ialah RM18 (tiga bulan), RM12 (dua bulan), dan RM7 (satu bulan). Berbanding sebelum ini RM72 (12 bulan) dan RM36 (enam bulan) sebelumnya. Manakala di bawah kod AD untuk kapasiti enjin yang sama, kadar baharu ditetapkan pada RM15 (tiga bulan), RM10 (dua bulan), dan RM6 (satu bulan).

Bagi kawasan bebas cukai seperti Langkawi, kenderaan 1,404cc hingga 1,600cc di bawah kod AB dikenakan RM11.25 (tiga bulan), RM7.50 (dua bulan), dan RM4.80 (satu bulan). Di Labuan pula, kadar baharu untuk kategori yang sama ialah RM9 (tiga bulan), RM6 (dua bulan), dan RM4 (satu bulan).

Perubahan ini dijangka memberi kemudahan kepada pemandu e-hailing dalam mengurus pembaharuan cukai jalan. Ia diharapkan lebih efisien selaras dengan tempoh kesahan dokumen lain.

Pembaharuan fleksibel ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyokong sektor pengangkutan awam dan ekonomi gig

Tinggalkan komentar