KUALA LUMPUR, 5 Jun 2020 – Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna dalam usaha menggalakkan pembayaran tanpa sentuh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, inisitif itu akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula Julai ini, yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat.
“Inisiatif ini juga akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet,” katanya.
Imej dari The Star













