Utama Mobile Aplikasi Disney+ Hotstar Malaysia sediakan kandungan 4K, Terhad pada Apple TV dan Android...

Disney+ Hotstar Malaysia sediakan kandungan 4K, Terhad pada Apple TV dan Android TV sahaja

963
0
Kad Cenderahati Disney+

Disney+ Hotstar telah pun dilancarkan ke pasaran tempatan pada awal minggu ini dan akan mula bersiaran pada 1 Jun 2021. Buat masa ini, laman web rasmi Disney+ Hotstar Malaysia hanya memaparkan maklumat umum mengenai perkhidmatannya sahaja.

Kandungan-kandungan yang akan ditawarkan kelak kebanyakannya akan ditayangkan dalam bentuk HD Penuh. Bagi yang lebih mementingkan citarasa, kualiti 4K turut disediakan untuk sebahagian filem sahaja.

Filem-filem yang menyokong tayangan 4K ini turut menyertakan peningkatan Dolby Vision dan Dolby Audio. Bagaimanapun, kandungan beresolusi 4K tersebut yang boleh dinikmati melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada Apple TV dan peranti Android TV sahaja.The Falcon and Winter Soldier Disney+

Bercakap mengenai peranti, Disney+ Hotstar Malaysia boleh dinikmati menerusi Chromecast generasi kedua dengan firmware 1.43 dan ke atas. Bagi yang menggunakan peranti Android TV, anda perlu memastikan versi OS anda adalah 7.0 dan ke atas. Manakala untuk Apple TV pula, ianya hanya menyokong generasi keempat dan ke atas dan sekurang-kurangnya tvOS 11.

Peranti-peranti lain seperti konsol permainan dan televisyen pintar dengan OS sendiri (Samsung Tizen dan LG webOS) bagaimanapun tidak menyokong aplikasi Disney+ Hotstar Malaysia. Agak terkilan sedikit memandangkan perkhidmatan Disney+ di Amerika Syarikat dan Singapura menyokong peranti-peranti tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Disney+ Hotstar Malaysia ketika pelancarannya, perkhidmatan ini boleh dinikmati menerusi peranti Android, iOS dan pelayar web. Turut dinyatakan, perkhidmatan ini akan diperluaskan ke peranti-peranti lain di masa akan datang.

Disney+ Hotstar Malaysia turut menyediakan beberapa kaedah pembayaran untuk mendapatkan perkhidmatannya. Kad debit dan kad kredit untuk Mastercard dan Visa boleh digunakan untuk pembayaran, selain turut menyediakan sokongan pembayaran kad kredit American Express. Pengguna juga boleh menggunakan perbankan dalam talian melalui FPX PayNet dengan bank-bank tempatan dan sebahagian bank antarabangsa. Bagi pengguna iOS, langganan Disney+ Hotstar Malaysia boleh dibuat menerusi pembelian dalam aplikasi.

Tinggalkan komentar