Digi kini memperkenalkan pelan Prepaid Next baharu yang menawarkan lebih banyak kuota data. Pengguna yang mengaktifkan pembaharuan secara automatik akan menikmati lebih ganjaran seperti data tambahan untuk hotspot dan juga data tanpa had bagi aplikasi media sosial yang popular.
Pelan Digi Prepaid Next pertama kali diperkenalkan pada Jun 2020 dan menawarkan pelan data bulanan pada harga serendah RM15 sebulan. Kuota data bagi Digi Prepaid Next 15 kini telah dinaikkan dari 3GB kepada 6GB dan sah digunakan dalam tempoh 30 hari.
Jika anda mengaktifkan isian semula automatik, Digi turut menawarkan tambahan kuota data sebanyak 1GB untuk kegunaan hotspot. Selain itu, pengguna turut ditawarkan dengan data tanpa had bagi penggunaan aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook.
Bagi pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang lahir di antara tahun 1997 hingga 2009, Digi turut menawarkan pelan prabayar Pakej Belia Khas. Menerusi pelan ini, pengguna ditawarkan data 15GB pada harga RM20 sebulan. Digi juga memberikan data tambahan 1GB untuk hotspot dan data tanpa had aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook untuk pengguna yang mengaktifkan pembaharuan secara automatik untuk Pakej Belia Khas.
Selain itu, Digi Prepaid Next 30 yang berharga RM30 sebulan kini dinaikkan kuota datanya dari 15GB kepada 20GB. Ia juga menawarkan data tambahan 2GB untuk hotspot dan data tanpa had ke media sosial jika pembaharuan secara automatik diaktifkan.
Digi Prepaid Next RM35 pula masih lagi sama dengan data berkelajuan tinggi 30GB sebulan dan panggilan tanpa had. Untuk anda yang mengaktifkan ciri pembaharuan secara automatik, Digi menyediakan data tambahan 3GB untuk hotspot selain data media sosial tanpa had seperti pakej-pakej lain.
Digi turut menyediakan booster tambahan bagi anda yang inginkan lebih data, panggilan suara, pek tanpa had dan hotspot melalui aplikasi MyDigi. Berikut adalah tambahan-tambahan lain yang disediakan:
- Data 1.5GB – RM3
- Data 3GB – RM5
- Data 6GB – RM8
- Data 10GB – RM10
- Panggilan suara 60 minit – RM5
- Panggilan suara tanpa had – RM10
- Muzik tanpa had – RM3
- Video tanpa had – RM20
- Hotspot 20GB – RM15
Pek SIM Digi Prepaid Next ditawarkan secara percuma apabila anda membelinya secara dalam talian melalui pelan Prepaid Next. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Digi Prepaid Next di pautan berikut: https://www.digi.com.my/prepaid/next













