Menerusi laporan sukuan ketiga tahun 2021, Speedtest telah melaporkan Digi dicatatkan sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terpantas. Markah yang dicatatkan olehnya mengatasi Maxis dalam laporan terkini tersebut.
Digi telah mencatatkan markah sebanyak 33.19, mengatasi Maxis yang mencatatkan 31.94. Ditangga ketiga pula dihuni oleh U Mobile pada 30.92. Celcom dan Unifi pula menghuni di tangga terbawah dengan masing-masing mencatatkan markah 28.14 dan 13.27.
Walaubagaimanapun, Celcom mencatatkan kadar pendam (latency rate) terbaik dengan catat paling rendah berbanding yang lain iaitu 29ms. Maxis pula di tangga kedua yang mencatatkan 31ms, dan diikuti oleh Digi, 35ms. Manakala Unifi dan U Mobile pula mencatatkan kadar pendam yang sama iaitu 36ms.













