Dell buat masa ini menawarkan dua kategori laptop khusus untuk permainan iaitu Alienware m-Series dan G Series. Kedua-duanya dibezakan dengan penawaran premium pada Alienware dan penawaran bajet bagi G-Series.
Baru-baru ini Dell telah melancarkan laptop khusus permainan terbarunya, Dell G15. Dari segi rekabentuk luarannya, laptop ini lebih cenderung ke arah rekaan Alienware Legend.
Untuk spesifikasinya pula, Dell G15 diketengahkan sebagai laptop khusus permainan peringkat awalan. Ia dilengkapkan dengan Intel Core i5-10200H dan grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 bersama-sama paparan HD Penuh 15.6-inci 120Hz. Melalui penawaran RAM 8GB, laptop ini akan dijual pada harga dari RM3,799.
Terdapat laporan dari PC World yang mengatakan Dell G15 akan menyediakan pilihan CPU yang lebih berkuasa dengan grafik NVIDIA Siri RTX 30 dan panel paparan 360Hz.
Bagaimanapun, maklumat rasmi mengenai laptop ini masih lagi belum dimuat naik di laman web rasmi Dell Malaysia. Dijangkakan, maklumat mengenainya akan di muat naik dalam masa yang terdekat ini.













