CIMB telah memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengemaskini aplikasi mudah alih CIMB Clicks ke versi terkini untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan dengan lancar tanpa gangguan.

Peringatan tersebut diumumkan menerusi laman web rasminya dan para pengguna diingatkan supaya mengemaskini aplikasi mudah alih berkenaan sebelum 8 Oktober 2022.

Menurut CIMB, langkah ini dibuat sebagai usaha berterusan bagi memperkasakan keselamatan melalui versi terkini aplikasi CIMB Clicks untuk melindungi para pengguna ketika melakukan perbankan dalam talian mudah alih. Pengguna perlu mengemaskini aplikasi berkenaan ke versi 6.1.97 (iOS) atau versi 4.1.97 (Android) sebelum tarikh tersebut.

Tinggalkan komentar