Cermin mata pintar yang dibangunkan secara bersama oleh Meta dan Ray-Ban, Stories kini menambah sokongan WhatsApp. Melalui penambahan baharu ini pengguna boleh membuat panggilan secara bebas tangan (hands-free), menghantar mesej berteks, dan mendengar mesej yang dibacakan secara lantang.

Penambahan ini merupakan rentetan dari penambahan ciri yang sama diperkenalkan pada Facebook Messenger pada tahun lepas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg, pengguna kelak boleh menbalas terus mesej WhatsApp dan Messenger menggunakan arahan bersuara.

Ciri baharu ini pernah dikhabarkan sejak dari April lalu dan ia diperkenalkan bagi mengeratkan lagi integrasi Ray-Ban Stories ke dalam ekosistem meta. Ia juga merupakan salah satu langkah ke arah menjadikan Meta sebagai syarikat realiti maya dan imbuhan selain memperkuatkan kedudukan sedia ada selaku syarikat rangkaian sosial.

Cermin mata pintar Ray-Ban Stories dilancarkan pada September 2021 dengan memperkenalkan fungsi utamanya untuk kegunaan sosial seperti mengambil foto dan video untuk dikongsikan melalui Facebook.

Tinggalkan komentar