Selain menawarkan promosi beli 1 percuma 1 untuk talian Celcom Postpaid Family, Celcom turut mengumumkan promosi Hari Raya untuk pelan Tanpa Had Celcom Xpax. Untuk waktu terhad ini, pengguna Xpax Unlimited Pax menerusi pelan bulanan RM38 dan ke atas akan menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda.

Promosi data ini ditawarkan kepada semua pengguna sama ada baharu atau lama dan boleh didapati bermula dari 15 April hingga 30 Jun 2022. Melaluinya, pengguna pelan tanpa had RM38, RM43, RM45 dan RM50 akan menerima kuota data berkelajuan tinggi 10GB berbanding 5GB pada kebiasaannya. Dalam pada masa yang sama, pengguna pelan RM48 dan RM53 akan menerima data 20GB berbanding 10GB data internet berkelajuan tinggi.

Pelbagai tawaran Tanpa Had Celcom Xpax

Menerusi laman prabayar Celcom Xpax, kesemuanya terdapat tujuh pilihan “tanpa had” yang hadir dalam bentuk panggilan tanpa had ke rangkaian tempatan. Secara asasnya, terdapat dua pilihan asas ditawarkan iaitu Tanpa Had 3Mbps dan Tanpa Had 6Mbps. Perbezaannya adalah pada set kandungan iQiyi dan jumlah had kuota data internet berkelajuan tinggi.

Pelan internet “tanpa had” dengan internet berkelajuan 3Mbps dan 6Mbps ini bagaimanapun bukanlah hadir dalam bentuk tanpa had dalam erti kata sebenar. Ia masih didatangkan dengan had polisi penggunaan saksama (FUP) sebanyak 60GB sebulan. Sebaik sahaja anda mencecah had FUP tersebut, kelajuan akan dihadkan pada 512kbps sehinggalah ke pembaharuan berikutnya.

Bagi pengguna yang inginkan kelajuan 4G yang lebih pantas berbanding had 3Mbps atau 6Mbps, anda boleh mengaktifkan kuota “Kelajuan Tanpa Had” menerusi aplikasi Celcom Life App. Anda seterusnya akan diberikan kelajuan paling pantas yang boleh ditawarkan di lokasi anda pada ketika itu tanpa sebarang sekatan.

Selain promosi menggandakan kuota had internet berkelajuan tinggi, Celcom turut menawarkan ganjaran eksklusif untuk pengguna Xpax di dalam aplikasi Celcom Life. Antaranya

  • potongan 12% untuk pesanan FoodPanda (perbelanjaan minimum RM50, diskaun dihadkan sehingga RM6)
  • potongan 15% + pulangan tunai 2% (perbelanjaan minima RM150) di Zalora,
  • diskaun eBaucar Petronas RM3 (perbelanjaan minima RM50) dan banyak lagi.

Maklumat lanjut, kunjungi laman Prabayar Celcom Xpax dan ketahui lebih lanjut di laman soalan lazim.

Tinggalkan komentar