Celcom kini menawarkan pra-tempahan bagi telefon pintar boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 menerusi pelan pascabayar MEGA Lightning dan Unlimited.

Menerusi pelan ini, Celcom menyediakan pilihan storan 256GB dan 512GB sahaja untuk Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4.

Anda yang membuat pra-tempahan Galaxy Z Fold 4 menerusi pelan ini turut disediakan dengan Standing Cover, S-Pen dan juga Galaxy Watch 4. Manakala Galaxy Z Flip 4 pula disediakan dengan leather cover dan Galaxy Buds Live.Samsung-Galaxy-Z-Fold 4 Celcom

Mengikut jenis pelan yang ditawarkan, anda boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold 4 atau Galaxy Z Flip 4 menerusi pelan Celcom MEGA 98, 128, 158 dan 188 dengan pilihan Unlimited atau Lightning.Samsung-Galaxy-Z-Fold 4 Celcom

Anda juga boleh memilih sama ada mendapatkannya dengan pakej pukal peranti biasa dan membayar peranti pilihan anda terlebih dahulu atau mengambil pilihan ansuran Easyphone. Kesemua pilihan-pilihan ini hadir dengan kontrak selama 24 bulan.

Celcom turut menyediakan tawaran ini kepada pelanggan sedia ada yang masih mempunyai kontrak dengan peranti lain yang berbaki kurang dari 12 bulan untuk pakej pukal peranti biasa.

Untuk pelan ansuran EasyPhone pula, pelanggan perlu menghabiskan tempohnya terlebih dahulu sebelum boleh mendaftarkan pakej pelan yang baharu. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut promosi pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 menerusi Celcom melalui pautan berikut:

 

Tinggalkan komentar